spot_img

Keluarga Dapat “Wahyu” Dari Jenazah COVID-19, Minta Kuburnya Digali Dan Jasadnya Dipindahkan

- Advertisement -

POLIS menahan enam pelaku yang disyaki mengorek kubur pesakit COVID-19 di Kota Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia. Motif mereka berbeza, termasuk bermimpi bertemu dengan jenazah yang sudah mati.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Selatan, Kombes Pol E Zulpan mengatakan pelaku masing-masing sudah ditahan dengan sebilangan daripada mereka mengatakan motif disebalik kejadian adalah untuk menjalankan amanah keluarga.

“Mereka masih mempunyai hubungan keluarga dengan mayat mangsa Covid-19,” kata Kombes Pol Zulpan di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, seperti yang dilaporkan oleh Akhbar tempatan.

Kabid Humas Polda Sulsel Kombes Pol E Zulphan.
- Advertisement -

Di samping itu, ada pelaku yang mengatakan bahawa dia menemui keluarganya yang mati di dalam mimpi. Si mati meminta agar jenazahnya dipindahkan ke tanah perkuburan yang lain.

“Ada juga yang bermimpi dan meminta untuk membuang mayat mereka,” katanya.

Dari enam pelaku yang telah ditangkap oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Parepare, beberapa dari mereka berperanan sebagai penggali kubur manakala yang lain turun untuk mengambil mayat mangsa.

- Advertisement -

Sebelumnya, Ketua Kecamatan Bacukiki, Saharuddin, mengatakan bahawa kejadian itu dibongkarkan setelah mendapat laporan daripada seorang penduduk yang mendapati 7 makam telah digali.

“Tiga mayat telah hilang dan empat kuburan yang lain jenazahnya masih ada. Ada kebaikan dan keburukan, sama ada ia hilang atau runtuh di telan tanah, inilah yang ingin kita siasat,” kata Saharuddin.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL