spot_img

Sungai Kotor Ini Didakwa Bertukar Menjadi Jernih Dan Dianggap “Air Suci” Kerana Rasa Manis

- Advertisement -

UMUM tahu bahawa air sungai yang tercemar, warna airnya akan berubah daripada jernih menjadi keruh angkara kotoran sampah sarap atau sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai.

Namun siapa sangka, salah satu sungai yang tercemar di Mumbai, India iaitu sungai Mahim Creek pernah mencipta fenomena yang rare apabila dilaporkan air sungainya yang kotor itu berubah secara tiba-tiba menjadi jernih dan uniknya rasa airnya juga berubah menjadi manis, lapor halaman Outlook India.

SUMBER: FREE PRESS JUORNAL

Menurut sumber, sungai itu pada awalnya sudah kotor angkara sikap warga kota Mumbai yang tidak mementingkan soal kebersihan alam sekitar. Malah, dilaporkan bertan-tan sampah serta sisa kilang dibuang ke dalam sungai itu. Bagi mereka, kebersihan sungai ini dianggap tidak penting dan lebih baik jika ia dijadikan sebagai kawasan longgokkan sampah di bandar itu.

- Advertisement -

Namun pada 18 Ogos 2006, wargakota Mumbai mulai perasaan akan perubahan yang berlaku di sungai itu kerana airnya sebelum ini dikatakan berbau hapak dan keruh bertukar menjadi jernih secara tiba-tiba. Bahkan, air sungainya yang sebelum ini mengalir tenang juga berubah menjadi deras.

Berikutan itu, penduduk setinggan yang menetap di sekitar kawasan sungai tersebut terpanggil untuk memeriksa keadaan perubahan sungai. Apabila diperiksa, mereka juga mendakwa bahawa rasa air sungai itu juga berubah menjadi manis sedangkan sebelum ini rasanya masin. Difahamkan, air sungai itu berasa masin disebabkan airnya telah bercampur dengan air laut Arabian Sea.

Lantaran fenomena itu, sungai Mahim Creek yang sebelum ini dipinggirkan menjadi kunjungan orang ramai terutamanya warga kota Mumbai dan Gujarat. Mereka datang ke sungai Mahim Creek untuk semata-mata ingin minum air sungai itu tanpa rasa jijik meskipun masih terdapat longgokkan sampah sarap di situ.

SUMBER: UNBELIEVABLE FACTS
- Advertisement -

Menariknya, penduduk setempat juga berpendapat perubahan rasa air sungai itu dikatakan ada kaitan dengan kuasa rahmat Tuhan kepada mereka. Mereka percaya bahawa ia merupakan aliran air suci atau holy water yang dianggap sebagai ‘ubat’ kurniaan Tuhan kepada mereka.

Gara-gara kepercayaan ini, warga kota Mumbai dan Gujarat datang secara beramai-ramai untuk bermandi-manda dan minum air sungai ini kerana mereka juga percaya bahawa air suci di sungai itu boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.

Isu ini kemudiannya menjadi perhatian Vilasrao Deshmukh, seorang ahli politik di India pada ketika itu yang menyeru agar warga Mumbai dan Gujarat supaya menghentikan tabiat berkenaan kerana air sungai itu dikatakan kotor dan dipenuhi dengan kuman yang merbahaya. Apabila ditegur oleh ahli politik itu, mereka ini malah berdegil dan masih meneruskan tabiat mandi serta minum air sungai itu.

- Advertisement -

Pada masa yang sama, sampel air ini telah diambil untuk dikaji oleh para saintis tempatan atau The National Institute of Oceanography. Berdasarkan kajian tersebut, air sungai itu sebenarnya tidak manis tetapi rasa garamnya sahaja yang kurang. Mereka juga mendakwa, faktor taburan hujan yang terlalu lebat di Mumbai telah menyebabkan kandungan garam air sungai itu menjadi rendah secara mendadak.

Selepas 14 jam meraikan fenomena aneh ini, keesokan harinya, air sungai itu kembali menjadi normal. Kesimpulannya, air sungai itu bukanlah air suci seperti yang digembar-gemburkan oleh penduduk setempat. Namun, mereka masih percaya bahawa ia merupakan air suci dan upacara ini digelar sebagai Mithi Nadi.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL