spot_img

Anda Tidak Akan Dapat Claim Insurans Bila Kemalangan Apabila Menggunakan 4 Aksesori Kereta Ini

- Advertisement -

ADA banyak aksesori kereta yang dijual di kedai ketika ini tapi fikir dulu sebelum membelinya. Ini kerana ada aksesori sebenarnya tidak perlu, malah membahayakan nyawa pemandu dan penumpang kereta.

Dikongsi oleh Adrian Chia yang selalu berkongsi tip tentang kereta di akaun Tik Tok katanya ada empat jenis aksesori kereta yang berbahaya jika digunakan. Ujarnya aksesori ini mungkin membuatkan kereta nampak lebih cantik tapi ia sebenarnya tiada fungsi yang praktikal malah memberi risiko kepada keselamatan pemandu.

1- Karpet dengan saiz yang tak sesuai

- Advertisement -

Sama ada terlebih besar atau kecil, ia boleh menyebabkan brek tersangkut. Pastikan saiznya betul betul sesuai.

2- Dashboard cover

Ia mungkin dibeli untuk mencantikkan kereta atau melindungi dashboard tapi ia sebenarnya boleh menghalang pembentukan airbag ketika kemalangan berlaku. Keadaan ini sudah tentu membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.

3- Seatbelt clip

Ada yang menggunakannya kerana tidak mahu mengenakan tali pinggang keledar dan menghalang bunyi peringatan. Tiada bunyi bising, tapi bila kita menggunakan tali pinggang keledar bersama klip ini, ia tidak mampu menampung berat badan bila berlaku kemalangan. Klip boleh tercabut ketika berlaku impak kuat dan pemandu boleh tercampak ke depan.

- Advertisement -

Paling merugikan, jika berlaku kemalangan dan aksesori ini dijumpai dalam kereta oleh pihak insuran anda mungkin tidak boleh boleh membuat tuntutan.

4- Sticker diamond pada stering

Rupanya yang berkilat blink-blink ini nampak cantik tapi berbahaya kepada pemandu bila berlaku kemalangan. Bila airbag terbuka, sticker akan terpelanting dan mungkin terkena pada muka dan menyebabkan kecederaan.

Sudah tahu bahayanya jadi elakkan dari menggunakan empat aksesori ini. Jika sudah terbeli, jangan guna dan keluarkan dari kereta!

Rakaman yang tular

@adrianchiaaa Korang ada pasang ke? #fypmalaysia #carmalaysia #cartips #carsafety #TikTokGuru ♬ Reality – Lost Frequencies
- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL