spot_img

Kajian Menunjukkan Rakyat Malaysia Lebih Percaya Doktor Berbanding Ahli Politik

- Advertisement -

SATU kajian bertajuk Trust in Professions yang dilakukan oleh penganalisis pasaran Ipsos mendapati bahawa doktor adalah pekerjaan yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia, sementara ahli politik pula jatuh antara pekerjaan yang paling tidak boleh dipercayai.

Memetik laporan Malay Mail, tinjauan ini mendapati bahawa pekerjaan doktor mendapat tempat teratas dengan 68 peratus rakyat Malaysia menganggap mereka boleh dipercayai, mengatasi guru sebanyak 65 peratus, saintis 57 peratus, angkatan bersenjata 52 peratus dan hakim 49 peratus.

Tinjaun itu juga mendapati bahawa ahli politik mempunyai margin kepercayaan terendah di kalangan masyarakat, dengan hanya 19 peratus rakyat Malaysia menganggap mereka boleh dipercayai. Pekerjaan kedua dan ketiga paling rendah dipercayai adalah menteri dengan 24 peratus, dan eksekutif pengiklanan, pada 26 peratus.

MALAY MAIL – IPSOS
- Advertisement -

Berdasarkan tinjauan global, masyarakat seluruh dunia turut mengakui bahawa ahli politik juga adalah pekerjaan yang tidak boleh dipercayai dengan nilai kepercayaan hanya berada di 10 peratus, diikuti oleh menteri dengan 14 peratus dan eksekutif pengiklanan dengan 15 peratus.

Selain itu, masyarakat global juga mengatakan 64 peratus orang di seluruh dunia menganggap doktor sebagai pekerjaan yang paling dipercayai. Manakala para saintis berada di tempat kedua dengan 61 peratus dan guru di tempat ketiga dengan 55 peratus pada skala global.

Kata Lars Erik Lie, pengarah bersekutu jabatan urusan awam Ipsos, faktor wabak menjadi antara punca mengapa orang ramai mempercayai doktor. Ditambah pula dengan interaksi yang tinggi di antara doktor dan orang awam dalam memahami wabak COVID-19, ini menjadikan doktor antara pekerjaan yang paling dipercayai.

MALAY MAIL – IPSOS.
- Advertisement -

“Di hujung skala yang lain, ahli politik paling tidak boleh dipercayai – begitulah keadaannya di seluruh dunia, dan juga di Malaysia.”

“Mirip dengan profesional perawatan kesihatan, ahli politik dan menteri telah menjadi wajah yang sering dilihat sepanjang musim wabak, tanpa menuai manfaat yang sama dari segi kepercayaan terhadap profesion mereka,” kata Lie.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL