spot_img

Ikan Pelik “Bergigi” Manusia Tetapi Sedap Dimakan

- Advertisement -

PADA zaman sekarang, terdapat hampir 32 ribu spesies ikan yang telah ditemui dan dikenalpasti oleh manusia. Jumlah ini akan semakin bertambah apabila semakin luas kawasan di muka Bumi ini diterokai oleh manusia yang mungkin membawa kepada penemuan spesies hidupan baru termasuk ikan. Oleh itu tidak hairan jika kita kerap dengan berita mengenai penemuan hidupan-hidupan baru dan pelik terpapar di media.

Baru-baru ini tular mengenai penemuan seekor ikan pelik bergigi manusia di kawasan Jennette’s Pier di North Carolina, Amerika Syarikat.

- Advertisement -

Ikan itu agak pelik kerana mempunyai gigi yang sangat menyerupai gigi manusia. Ikan seberat 4kg itu didapati memiliki beberapa baris gigi geraham untuk menghancurkan mangsa.

Gambar ikan itu yang dimuat naik oleh laman facebook Jennette’s Pier mendapat seribu lebih tanda suka dan lebih seribu perkongsian setakat ini.

- Advertisement -

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Nathan Martin iaitu nelayan yang menemui ikan tersebut, dia memberitahu meskipun rupa ikan agak pelik tapi ianya adalah jenis ikan yang sedap untuk dimakan.

Ikan bergigi seakan manusia memang wujud di dunia ini dan ianya dikenali sebagai ikan jenis sheepshead atau ikan kepala biri-biri. Di ruangan komen, rata-rata netizen rasa kagum melihat ikan itu yang ramai tidak pernah tahu kewujudan ikan ini.

Seorang netizen memberitahu ikan tersebut mempunyai gigi yang jauh lebih baik daripada segelintir manusia di dunia ini. Ada juga yang bergurau dengan mengatakan gigi-gigi palsu adalah diambil dari spesies ikan tersebut.

- Advertisement -

Di Malaysia juga pernah ada penemuan ikan bergigi manusia tapi dari jenis ikan yang berlainan sedikit.

Ikan Bergigi Manusia Ditemui Di Malaysia

Baru-baru ini tular satu perkongsian di twitter mengenai satu ikan bergigi seperti gigi manusia ditemui di Malaysia. Seorang warganet di twitter yang menggunakan akaun @raffnasir_ telah memuat naik foto seekor ikan yang kelihatan aneh dimana ikan tersebut mempunyai gigi seperti manusia!

Tweet berkenaan pantas menjadi tular dan menarik perhatian orang ramai disebabkan keunikan mulut dan gigi ikan tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya sekiranya ikan tersebut betul-betul wujud ataupun sekadar diedit. Buat pengetahuan anda semua, ikan tersebut betul-betul wujud di dunia ini dan dikenali sebagai Triggerfish atau nama saintifiknya ialah Balistidae dan mempunyai lebih kurang 40 spesies.

Ikan Triggerfish ini dikatakan mempunyai sifat yang cukup agresif. Giginya kuat mampu menghancurkan landak laut serta mengoyakkan pakaian selam.

Triggerfish terkenal dengan sikap “nakal”. Walaubagaimanapun anda hanya akan dapat melihat ‘kenakalan’ ikan ini jika ada yang mengacau kawasan mereka.

Gigi Ikan Triggerfish ini agak kuat hingga dapat menghancurkan landak laut. Jika mereka merasa terancam, mereka akan menyerang dengan gigitannya yang agak kuat itu. Oleh itu jika anda terjumpa ikan ini semasa menyelam, dinasihatkan agar jangan mengacau mereka jika tidak mahu kena gigit.

Sehingga kini, tweet berkenaan telah mendapat 14.7 ribu tanda suka sejak kali pertama dimuatnaik pada Julai.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL