Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tular Rakaman Bayar Tol RFID Sepantas Kilat Lepasi Palang
spot_img

Tular Rakaman Bayar Tol RFID Sepantas Kilat Lepasi Palang

- Advertisement -

SISTEM pembayaran tol saban hari semakin canggih, bermula dengan pembayaran secara tunai sehinggalah penggunaan bayaran secara digital seperti Touch N’ Go, SmartTag, sistem RFID dan ERP yang telah memudahkan orang ramai setiap kali melalui jalan yang mempunyai tol.

Baru-baru ini tular satu rakaman video pendek yang berdurasi 21 saat menunjukkan sebuah van berwarna putih memecut laju melepasi tol dalam satu ujian Sistem RFID.

Menurut Akhbar Kompas, rakaman ujian sistem tersebut dibuat di tol jalan Simpang Susun Waru-Bandara Juanda, Surabaya. Tol tersebut dikendalikan oleh syarikat PT Citra Marga Nusaphala Persada (PT CMNP). Anissa Indrayanti, wakil PT CMNP mengesahkan video yang tular baru-baru ini.

- Advertisement -

“Ya, video ujian ini dilakukan di tol jalan Waru-Juanda milik anak syarikat CMNP di Surabaya,” katanya.

Tambah Annisa lagi, video tersebut bukanlah video yang baru terjadi, tetapi telah dirakam semasa tahun 2017.

“Video ini dirakam pada tahun 2017. Pada masa itu kami menguji sistem RFID SLFF (Single Lane Free Flow). Sistem SLFF ini tidak jauh berbeza dengan Sistem Multi Lane Free Flow (MLFF), cuma yang membezakannya ialah penghadang yang ada pada tol untuk Sistem SLFF ini,” jelas Annisa.

- Advertisement -

Walaupun kita dapat lihat dengan jelas ujian Sistem RFID SLFF ini telah ‘berjaya’, tetapi sistem ini masih belum lagi digunapakai pada tol jalan Waru-Juanda. Terang Anissa, mereka cuma mahu membuat ujian sahaja ketika itu.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL