spot_img

Australia Pecah Rekod Rampasan Terbesar, Rakyat Malaysia Ditahan Bawa ᴅᴀᴅᴀʜ Bernilai RM431 Juta

- Advertisement -

POLIS Australia berjaya merampas ᴅᴀᴅᴀʜ terbesar yang pernah direkodkan di negara tersebut bernilai kira-kira A $ 140 juta (RM431 juta), dan menahan seorang warganegara Malaysia yang didapati membawa ᴅᴀᴅᴀʜ terlarang. Difahamkan bahawa ᴅᴀᴅᴀʜ seberat 450kg – berat piano besar – itu diletakkan di dalam kargo laut dan akan diedarkan di sekitar Melbourne.

Lelaki yang tidak dinamakan itu didakwa mengimport dan memiliki sejumlah ubat komersial, jika didapati bersalah, hukuman maksimum yang bakal menanti beliau adalah penjara seumur hidup, lapor Akhbar Tempatan.

- Advertisement -

Polis Persekutuan Australia telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi menyelesaikan kes ini dan mereka juga komited untuk menghalang sindiket jenayah terancang yang melibatkan kedua-dua negara, kata Krissy Barrett, Komisioner Polis Persekutuan Australia, Komando Selatan.

Dalam perkembangan yang lain, sebuah video telah tular menunjukkan ibu tunggal sembilan anak menangis sejurus dia dijatuhkan hukuman mati kerana memiliki ᴅᴀᴅᴀʜ. Ibu tunggal yang berumur 55 tahun tersebut didakwa memiliki ᴅᴀᴅᴀʜ seberat 113.9 gram di sebuah rumah yang tidak bernombor di Tawau, Sabah.

Kebanyakan rakyat Malaysia menyokong agar pembaharuan undang-undang mengenai ᴅᴀᴅᴀʜ dilakukan kerana kebanyakan mereka yang terkesan dengan hukuman mati adalah yang berada di kedudukan paling bawah rantaian pengedaran ᴅᴀᴅᴀʜ.

- Advertisement -

Anggota Majlis Saintifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, “Ini sangat menyedihkan. Sudah tiba masa untuk memulakan perbincangan dan meneruskan usaha menghapuskan hukuman mati. Selalunya hanya mereka yang terdesak dan berada di kedudukan paling bawah rantaian (pengedaran) yang perlu membayar harganya (menerima hukuman). Ia tidak akan dan tidak pernah menyelesaikan masalah ᴅᴀᴅᴀʜ.”

Bagi pakar undang-undang, hukuman mati sering jatuh kepada ‘keldai ᴅᴀᴅᴀʜ’ atau mereka yang digunakan untuk melindungi ketua sindiket ᴅᴀᴅᴀʜ. Menurut MalaysiaKini, sejak Februari 2019, 1,281 banduan akhir dilaporkan sedang menunggu hukuman mati di negara ini, dengan 73 peratus telah disabitkan kesalahan mengedar ᴅᴀᴅᴀʜ bawah Seksyen 39 (b).

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL