spot_img

Digelar “Wali Gunung”, Kayuh Basikal Beratus Kilometer Demi Berdakwah

- Advertisement -

KELIBAT seorang warga emas yang sedang mengayuh basikal dari kejauhan, telah mendorong beberapa anggota tentera Thailand yang berkawal di sempadan Malaysia-Thai untuk mendekatinya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Dek-chai-Yuyee iaitu salah seorang anggota tentera tersebut, warga emas ini dalam perjalanan untuk ke Yala kerana menghadiri Majlis Ijtima’ Ulama Dunia di sana.

Kagum dengan semangat warga emas ini, Dek-chai-Yuyee dan rakan-rakannya telah menghulurkan bantuan minuman kepadanya, sebelum beliau meneruskan perjalanannya ke destinasi yang dituju.

- Advertisement -

Video berkenaan telah menjadi viral dan mendapat lebih 414 ribu tontonan di media sosial.

Pernah tular pada tahun 2015

Rupa-rupanya pak cik ini pernah tular di media sosial sekitar 2015. Ketika itu seorang penunggang basikal amatur terserempak dengannya ketika basikalnya rosak di Banjaran Titiwangsa.

Penunggang basikal yang dikenali sebagai Che Wan pernah menularkan kisahnya dan memohon sumbangan ikhlas orang awam bagi membelikan basikal baru untuk pak cik ini.

- Advertisement -

Pak cik ini terkenal dengan panggilan Wali Gunung, kerana semangatnya berulang alik dari Perlis ke Kelantan membelah Banjaran Titiwangsa untuk berdakwah menyebarkan agama Islam.

Keratan semasa tahun 2015.

Dikenali sebagai Wali Gunung atau Ustaz Zaki

Menurut sumber, namanya Pak Cik Zaki atau Ustaz Zaki yang berasal dari Utara Tanah Air. Seorang hamba Allah yang cekal berdakwah ke mana-mana sahaja demi untuk menyampaikan ilmu Allah.

Selepas tularnya kisah beliau, ramai netizen yang telah meninggalkan komen mengenali insan ini. Rata-ratanya mereka amat kagum dengan semangat dan kecekalan beliau yang kuat. Ada juga orang kampung beliau yang mengenalinya, dan berkongsi cerita tentang dirinya yang sejak kecil gemar menaiki basikal.

- Advertisement -

Beliau seorang yang kuat pegangan agama dan sangat peramah apabila berjumpa sesiapa sahaja, maka tidak hairanlah jika ramai orang awam yang mengenali beliau.

“Simpanlah dunia di tapak tangan, bukannya di hati.” – Wali Gunung

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati kehidupan Pak Cik Zaki. Jika ada yang terserempak dengan pak cik ini, jangan segan-segan untuk bertegur sapa dan membantunya.

Selamat berjuang Wali Gunung! Teruskan perjuanganmu ke jalan Allah!

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL