spot_img

Babak Yang Dipotong Yang Menjadi Punca Kassim Selamat Jatuh Miskin Dalam Cerita Ibu Mertuaku

- Advertisement -

SEBUT tentang filam klasik tempatan, pasti ramai terbayangkan lagenda, Tan Sri P. Ramlee bukan? Terlalu banyak filem beliau yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia antaranya filem Ibu Mertuaku.

Didalam filem tersebut, P Ramlee memegang watak sebagai Kassim Selamat, seorang bekas pemain muzik menjadi buta kerana terlalu bersedih sebaik mengetahui kematian isterinya, Sabariah.

- Advertisement -

Jikalau anda masih ingat, perkahwinan mereka yang tidak direstui menyebabkan emak Sabariah iaitu, Nyonya Mansoor telah menghalau kedua mereka dari rumah.

Namun sebelum menghalau mereka berdua keluar, Nyona Mansoor bagaimanapun ada memberikan wang sebanyak RM5,000 sebagai ‘bekalan’ mereka untuk meneruskan kehidupan.

Di era 60’an jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil, sebaliknya korang membeli pelbagai benda termasuklah tanah kebun getah.

- Advertisement -

Persoalannya bagaimana Kassim Selamat dan Sabariah boleh jatuh miskin hingga terpaksa menyewa rumah kolong walhal mereka sebenarnya mempunyai wang sebanyak itu?

Yang sebenarnya ada babak selepas babak tersebut yang telah dipotong untuk siaran TV kerana berkait dengan judi. Nak tahu apa yang terjadi jom tonton video di bawah:

@coyot_ Kalau anda pernah menonton babak ini di kaca TV tanpa dipotong, maknanya anda sudah tua #pramlee #fyp #pramleefilems ♬ original sound – Coyot
- Advertisement -

Babak ini sebenarnya sudahpun ditonton orang ramai. Namun sewaktu pertengahan 90-an ianya telah dipotong kerana wujudnya babak lumba kuda. Jadi untuk korang yang pernah menonton babak tersebut bermakna korang dah dikategorikan ‘otai’ lah kan?

Dijengah ke ruangan komen rata-rata dilihat terkejut dengan kewujudan babak tersebut sehingga mengubah persepsi mereka tentang karakter-karakter didalam cerita berkenaan.

Namun ada yang sudah pun pernah melihat babak berkenaan khususnya mereka yang pernah menontonnya sebelum era pertengahan 90-an.

Reaksi beberapa wargamaya

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL