spot_img

Lelaki Yang Rakam Individu Bawa Batu Nisan Tampil Dedah Cerita Sebenar

- Advertisement -

BARU-BARU ini tular di media sosial di dakwa penampakan individu membawa batu nisan dipercayai di Jalan Genting sehingga menganggu orang ramai akhirnya terbongkar semalam.

Pada awalnya ramai menyangka kelibat manusia yang sedang berjalan itu merupakan seorang wanita namun tindakan berani sekumpulan pengguna jalan raya akhirnya merungkai kisah sebenar.

Mereka bertindak menahan lelaki tersebut yang dilihat mendukung batu nisan berwarna putih. Pada mulanya lelaki tersebut tidak mengendahkan arahan orang ramai supaya berhenti namun dia akhirnya berhenti sebelum jatuh di bahu jalan.

- Advertisement -

Menerusi perkongsian video di laman aplikasi TikTok, sekumpulan lelaki telah mendapat laporan dan membongkar identiti yang menganggu pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Berdasarkan video berdurasi tiga minit empat saat di TikTok itu, sekumpulan lelaki itu sedang mengejar hantu itu sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran sehingga individu itu berhenti.

- Advertisement -

Ketika kejadian, entiti itu merupakan seorang pemuda yang memegang batu nisan dan didakwa menuntut ilmu persilatan yang salah menyebabkan dia jatuh mengelupur apabila mendengar ayat suci Al-Quran.

Rakaman yang tular sebelum ini

Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai berasa seram apabila melihat kejadian yang berlaku itu dan mereka mendakwa terdengar suara perempuan seperti memanggil.

- Advertisement -

“Cuba pakai earphone lepas itu fokus akan ada suara wanita seperti memanggil, selamat video ini lalu di TikTok saya dalam pukul tujuh pagi,” kata CekNazr.

“Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia ada dekat situ, jadi tak pelik bila dia jalan laju sangat sebab itu bukan dia,” jelas Pitzaofficial.

“Lepas dia sedar dia panggil ibu dia dan tanya dekat mana, semoga dipermudahkan segala urusan adik ini, kenapa sampai jadi macam ini,” ujar Norliana Ali.

Rakaman Penjelasan

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih satu juta tontonan dan 81,100 tanda suka di akaun TikTok miliknya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL