spot_img

Kisah “Mercedes Legend” Yang Anda Perlu Ambil Tahu Jika Ke Johor Bahru

- Advertisement -

BAGI penduduk tempatan sekitar Johor Bahru, pasti anda cukup kenal dengan sebuah kereta Mercedes-Benz SLK dipandu secara pelik dan berbahaya. Menurut orang ramai, mereka sentiasa ternampak pemandu itu membuka bumbung dan meletakkan tangan di luar semasa kereta bergerak.

Lebih membimbangkan lagi apabila pemandu terbabit sering kelihatan memotong kenderaan lain dan menukar lorong secara tiba-tiba tanpa memberikan lampu signal. Adakalanya, pemandu tersebut selamba melepaskan tangannya daripada stereng kereta.

Majoriti yang meninggalkan komen di hantaran asal video ini menyatakan mereka tidak selesa serta cukup risau jika ternampak Mercedes tersebut di atas jalan raya kerana ada potensi boleh terlibat kemalangan sekiranya berselisih dengan kereta itu. Video di akhir artikel ini.

- Advertisement -

Namun ada sebahagian kecil netizen yang berpendapat ‘selagi tidak kacau orang, tidak mengapa’. Tetapi pendapat tersebut disangkal orang ramai kerana jika berlaku kemalangan sudah pasti ia menyusahkan ramai pengguna jalan raya lain.

Setakat artikel ini ditulis, ruangan komen hantaran video tersebut masih lagi dibanjiri dengan orang ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing. Bimbang dan risau, itu sahaja mereka ungkapkan setelah terjumpa dengan kereta terbabit.

Jika selepas ini anda masuk ke kawasan Johor Bahru dan ternampak kereta Mercedes-Benz SLK terbuka bumbungnya dan pemandu melambai-lambai ketika memandu, berhati-hatilah kerana anda bertemu dengan ‘Mercedes Legend’ di kawasan tersebut.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GERAI IKAN GENG SEDILI
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GERAI IKAN GENG SEDILI.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GERAI IKAN GENG SEDILI
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GERAI IKAN GENG SEDILI.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GERAI IKAN GENG SEDILI

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL