spot_img

Polis Minta Bantuan SKMM Kesan Pengendali Twitter Edisi Siasat

- Advertisement -

EDISI SIASAT, sebuah akaun Twitter yang tumbuh beberapa bulan lalu telah mengejutkan orang ramai dengan pendedahan maklumat mengenai salah laku pelbagai agensi penguat kuasa termasuk tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri wang tunai bernilai jutaan ringgit. Kini, difahamkan bahawa pihak polis sedang sibuk mengesan siapakah individu disebalik akaun terbabit.

Pihak polis sudah pun meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik akaun laman sosial terbabit. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata kepada Utusan Malaysia bahawa pihak berkuasa sedang dalam proses untuk mengenal pasti siapakah individu yang mengendalikan akaun tersebut.

“Siapa admin Edisi siasat ni kental dan berani. Auto follow ! Dia reveal habis semua muka muka corrupt.”

- Advertisement -

Maklumat yang disampaikan mengenai salah laku dan aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa dan juga ahli politik di Malaysia membuatkan orang ramai tertanya-tanya, siapakah individu disebalik akaun terbabit? Kebanyakan netizen berteka-teki bahawa akaun terbabit dikendalikan oleh ‘orang dalam’.

Ada juga netizen yang percaya ia adalah kerja Special Branch (SB) kerana maklumat yang disampaikan serta bukti gambar yang dipaparkan terlalu sukar untuk diperoleh oleh wartawan atau orang biasa. Manakala ada netizen yang mendakwa bahawa individu yang berada di belakang akaun Twitter tersebut adalah bekas polis yang sebelum ini menyandang pangkat yang tinggi.

Antara dakwaan Edisi Siasat adalah bagaimana MyEG mendapat tender kerajaan dengan mengugut pesaing, dakwaan mengenai salah laku yang dibuat oleh Ketua SPRM, selain itu Edisi Siasat juga mendedahkan bagaimana ahli politik dari bahagian kerajaan dan pembangkang ‘menerima duit haram’.

- Advertisement -

Sehingga kini beberapa individu yang namanya disebut oleh Edisi Siasat masih belum tampil menafikan dakwaan terbabit dan sehingga kini, orang ramai tertanya-tanya keabsahan maklumat yang disampaikan oleh Edisi Siasat.

Untuk rekod, sejak September lalu lagi polis sudah memulakan siasatan bagi mengesan individu disebalik akaun Twitter. Jalil Hassan dalam temubualnya bersama Utusan Malaysia pada masa itu berkata bahawa pihaknya akan mendapat maklumat berkaitan pemilik portal berkenaan.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL