spot_img

Dakwa Prank Tangkap Basah Sekadar Hiburan, Content Agama Jadi Bahan Hiburan

- Advertisement -

SEMAKIN hari, nampaknya konten prank semakin menjadi ikutan para YouTuber yang berjaya meraih tontonan yang tinggi daripada konten yang dihasilkan. Kehadiran konten budaya prank yang berasal dari Barat ini walau bagaimanapun nyata merisaukan para netizen yang khuatir bakal menjadi ikutan para kanak-kanak dan remaja pada masa kini.

Jika sebelum ini tular mengenai YouTuber yang acah menampar wanita di pasar raya, minggu ini telah menyaksikan sekumpulan YouTuber yang tampil dengan konten prank tangkap basah.

Menerusi video yang dikongsikan di YouTube, kumpulan YouTuber yang terdiri daripada beberapa lelaki dan wanita ini berpakat untuk mengenakan dua orang ahli kumpulan mereka sendiri yang berada di sebuah rumah.

- Advertisement -

Situasi mulai hangat apabila terdapat tiga individu yang mendakwa mereka daripada “pihak penguasa agama” mengetuk dan memasuki rumah yang diduduki kumpulan YouTuber ini.

Rancangan kumpulan ini dilihat berjaya selepas pihak penguasa agama mendapati rumah tersebut sekadar didiami oleh seorang lelaki dan wanita sekaligus melabelnya sebagai tangkap basah. Situasi menjadi lebih tegang apabila ahli kumpulan YouTuber yang lain tersebut mulai pulang ke rumah dan melihat sendiri situasi yang berlaku.

- Advertisement -

Prank tersebut mulai diketahui pihak mangsa apabila pihak penguasa berkenaan bertindak untuk mengahwinkan mereka sekaligus memaklumkan semuanya hanyalah sekadar prank.

Meskipun YouTuber berkenaan mendakwa sekadar untuk hiburan, konten yang dipamerkan jelas tidak sesuai dengan tontonan penonton di Malaysia yang mungkin terdiri daripada para kanak-kanak dan remaja.

- Advertisement -

Lebih merisaukan ramai, konten yang dipamerkan turut disambut oleh para peminat seolah menormalisasikan prank yang dibuat. Tidak kurang juga mereka yang tidak bersetuju dengan konten yang dihasilkan.

Setakat artikel ditulis, video yang berjaya berada di tangga keenam trending YouTube dan telah mencapai sejuta view dalam tempoh singkat dan masih lagi disiarkan di platform berkenaan.

Berikut merupakan respon netizen terhadap video yang dikongsikan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL