spot_img

Kisah Zainab R.A. Sepupu Rasulullah S.A.W.

- Advertisement -

Ummul Mukminin, Zainab r.a. adalah sepupu Rasulullah S.A.W. Beliau telah memeluk agama Islam di awal perkembangan agama itu. Beliau telah berkahwin dengan Zard seorang hamba yang telah dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W., Zard kemudiannya telah diambil oleh Rasulullah S.A.W. sebagai anak angkatnya, dan beliau telah dikenali sebagai Zaid bin Muhammad. Di sepanjang perkahwinan beliau dengan Zainab, dia tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan Zainab dan akhirnya mereka bercerai.

Menurut adat istiadat sebelum kedatangan Islam, seorang anak angkat dianggap sebagai anak sendiri. Dengan itu, seseorang janda atau isteri yang telah diceraikan tidak boleh berkahwin dengan bapa angkatnya.

Rasulullah S.A.W. berhasrat hendak membasmikan adat yang tidak beralasan ini dan baginda telah memberitahu Zainab mengenai cadangannya untuk berkahwin. Apabila Zainab r.a. telah menerima cadangan itu, beliau pun berkata: “Biar aku memohon nasihat dari Allah.”

Gambar Hiasan
- Advertisement -

Beliau kemudiannya mengambil wudhu lantas mendirikan solat. Tindakannya itu telah benar-benar dirahmati Allah, dengan itu Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah S.A.W.

“Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengahwini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi”(Surah Al-Ahzab 33:37)

Apabila Zainab r.a. telah dikhabarkan mengenai berita yang gembira itu, yang mana Allah telah mengizinkan perkahwinannya dengan Rasulullah S.A.W. dan telah mewahyukan sepotong ayat, maka beliau telah memberi segala barang-barang permata yang dipakainya ketika itu kepada orang-orang yang mengkhabarkan berita tersebut kerana beliau benar-benar puas hati dengan keputusan itu.

Gambar Hiasan
- Advertisement -

Zainab r.a. adalah seorang wanita yang solehah. Beliau seringkali berpuasa dan rajin mengerjakan solat. Beliau mencari rezeki dengan usahanya sendiri dan segala yang diperolehi dibelanjakannya ke jalan Allah.

Berbelanja Mewah Dengan Hati Yang Ikhlas

Ketika Rasulullah S.A.W. hampir-hampir wafat, isteri-isteri baginda telah bertanya kepadanya: “Siapakah di antara kami yang akan menyusuli engkau dahulu?”. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Salah seorang daripada kamu yang mempunyai tangan yang panjang.”

Lantas mereka pun mengukur tangan di kalangan mereka dengan sebatang tongkat. Walau bagaimanapun, akhirnya mereka mendapati tangan yang panjang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W. itu adalah perbelanjaan yang sebegitu mewah dengan hati yang ikhlas.

Gambar Hiasan
- Advertisement -

Dari itu, Zainab r.a. adalah yang pertama kembali menyusuli Rasulullah S.A.W.

Barzah r.a. meriwayatkan: “Umar r.a. telah memutuskan untuk membayar wang sagu hati (elaun) tahunan kepada Ummatul Mukminin dari Baitulmal. Beliau telah menghantar sebanyak 12,000 dirham kepada Zainab r.a. dengan perantaraan sebagai bahagiannya. Zainab r.a. telah menganggap bahawa semua bahagian itu adalah untuk mereka semua dan berkata kepadaku, “Sepatutnya Umar telah menyuruh salah seorang di kalangan beliau membahagikan wang ini”. Aku berkata, “Ini adalah merupakan pembahagian tahunan untukmu seorang”. Kemudian beliau telah menyarankan supaya dicampakkan wang itu di penjuru di dalam bilik dan menutupinya dengan sehelai kain. Setelah itu, beliau menyebut nama-nama beberapa orang miskin, janda-janda dan sanak-saudaranya dan telah menyuruh aku membahagikan sejumlah kecil kepada setiap mereka itu.

Setelah membahagi-bahagikan sebagaimana yang dikehendaki oleh beliau, baki wang itu masih berada di bawah tutupan kain itu. Aku telah diselubungi dengan perasaan yang memperolehi sesuatu untuk milik sendiri. Beliau telah berkata: “Ambillah untukmu yang selebihnya”. Aku telah menghitung wang tersebut dan mendapati jumlahnya adalah lapan dirham. Kemudian beliau telah menadah kedua-dua tangannya seraya berdoa dengan berkata: “Ya Allah! Jauhkanlah wang ini dariku kerana ia akan menyebabkan godaan kepadaku.”

Gambar Hiasan

Apabila Umar r.a. menyedari apa yang telah beliau lakukan terhadap wang itu, lalu beliau telah menghantar kepada Zainab r.a. 1,000 dirham lagi untuk keperluannya sendiri, tetapi itu pun telah dibelanjakannya dengan sekelip mata sahaja.

Sungguhpun pada ketika itu merupakan bahagian yang terakhir dari hayatnya di mana orang-orang Islam ketika itu sedang menguasai kawasan demi kawasan dan harta kekayaan sedang melimpah di dalam kota Madinah, namun begitu beliau tidaklah meninggalkan wang ataupun sesuatu harta kekayaan yang lain sesudahnya kecuali hanya sebuah rumah untuk didiaminya. Beliau telah dikenali sebagai Mawa al Masakin (tempat perlindungan dikalangan orang-orang miskin) kerana perbelanjaannya yang begitu mewah sebagai dermawan dan bermurah hati.

Zainab R.A. Melunturkan Warna Pakaian

Seorang wanita meriwayatkan: “Aku dan Zainab r.a. sedang mewarnakan pakaian kami dengan warna kuning tua. Rasulullah S.A.W. telah masuk ke dalam, sejurus kemudian baginda keluar semula apabila melihat kami sedang sibuk dengan pencelupan itu. Zainab r.a. telah terasa kemungkinan Rasulullah S.A.W. tidak suka dengan pencelupan kami disebabkan oleh warna itu. Beliau lantas mencuci kesemua pakaiannya yang dicelupi itu sehingga menyebabkan warna itu luntur.”

Setiap kita sudah mengetahui mengenai kasih dan kesukaan para wanita kepada wang dan warna-warna. Tetapi lihatlah perawakan yang dimiliki oleh para wanita ini yang mana mereka akan menolak wang yang diberikan kepada mereka dan bersedia melenyapkan mana-mana warna walaupun Rasulullah S.A.W. tidak melarangnya, tetapi baginda hanya tidak berkenan saja.

Zainab r.a. meninggal dunia pada tahun 20 hijrah ketika berumur 50 tahun dan orang yang mengimamkan solat jenazahnya adalah Umar r.a.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL