spot_img

Klip “Abg Aziz Jatuh Bot” Jadi Parodi Mat Salleh, Wajah Misteri Abg Aziz Akhirnya Didedahkan

- Advertisement -

SEKIRANYA anda masih ingat, sekitar dua tahun lalu tular sebuah video seorang jurukamera TV3, Haji Abd Aziz Abdullah terjatuh daripada bot ketika membuat tinjauan banjir di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu.

Insiden tersebut yang disertakan dengan reaksi wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah yang terkejut dan bercakap dalam loghat Terengganu membuatkan video tersebut unik sekaligus menjadi tontonan netizen berulang kali. Tidak kurang juga, para netizen yang turut menghasilkan parodi.

- Advertisement -

Terbaharu, video yang masih segar dalam ingatan netizen ini sekali lagi dijadikan parodi. Namun, apa yang membuatkan parodi pada kali ini lebih menarik adalah ia dihasilkan oleh seorang Mat Salleh.

Gayanya yang bersahaja dan lucu sekaligus menarik perhatian wartawan Mohd Ishak Abdillah untuk berkongsi di laman Twitter beliau.

- Advertisement -

Menerusi perkongsian beliau di Twitter, para netizen nampaknya terhibur dengan parodi yang dibuat. Selain itu, para netizen juga turut mengucapkan selamat bersara buat jurukamera TV3, Haji Aziz Abdullah yang bersara 18 Jun 2021 lalu selepas 26 tahun berkhidmat.

Sementara itu, terdapat pengguna Twitter yang mahu melihat wajah ‘Abang Azih’ selepas video tersebut tular.

Selamat bersara kami ucapkan buat Haji Aziz Abdullah atas khidmat beliau sepanjang karier. Pastinya peristiwa jatuh bot di Setiu, Terengganu ini akan diingati beliau dan orang ramai untuk tempoh yang panjang.

Wajah Misteri Abang Aziz ‘Jatuh Bot’ Akhirnya Didedahkan Sempena Persaraan

- Advertisement -

Sempena persaraan Abang Aziz serta pendedahan wajah yang dibuat, para netizen nampanya lega dan gembira kerana dapat melihat wajah beliau akhirnya. Selain itu, Raymond Goh selaku pembaca berita TV3 turut mengucapkan selamat bersara buat Abang Aziz.

Pastinya banyak pengalaman yang ditempuh beliau sepanjang bergelar jurukamera TV3. Kami ucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya buat Hj. Abd Aziz. Didoakan semoga beliau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL