Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Malaysia Usir Penganut Teori Konspirasi Perancis Yang Tinggal Di Langkawi Secara Haram
spot_img

Malaysia Usir Penganut Teori Konspirasi Perancis Yang Tinggal Di Langkawi Secara Haram

- Advertisement -

SEORANG ahli teori konspirasi dari Perancis yang dikehendaki kerana mempunyai hubungan dengan kes penculikan seorang gadis muda pada bulan April lalu kini telah diusir dari Malaysia. Lelaki berusia 55 tahun itu dikehendaki oleh pihak berkuasa Perancis selepas kes kehilangan gadis dari rumah neneknya di timur Perancis, lapor BBC.

Rémy Daillet-Wiedemann, terkenal di kalangan kumpulan teori konspirasi Perancis, telah diusir keluar dari Malaysia setelah menyalahgunakan visa untuk tinggal secara haram di Langkawi selama bertahun-tahun.

“Mereka ditahan kerana memiliki visa perjalanan yang telah tamat tempoh,” kata pihak Imigresen kepada The Associated Press seperti yang dilaporkan oleh CNA pada 3 Jun yang lalu, sambil menambahkan bahawa penahan ini tidak ada hubungan dengan waran yang dikeluarkan oleh Perancis. Tambah pegawai itu lagi, Daillet-Wiedemann dan keluarga dipercayai tinggal di Langkawi sejak 2015, tetapi visa mereka telah tamat tempoh.

- Advertisement -

Sebelum itu pada April lalu, pasukan pendakwaan Perancis telah mengeluarkan waran tangkap kepada Daillet-Wiedemann berkaitan dengan kes penculikan. Dia dan keluarganya kemudiannya disoal siasat oleh pihak berkuasa Malaysia mengenai status tempat tinggal mereka di negara ini.

Seorang sumber memberitahu agensi berita antarabangsa bahawa Daillet-Wiedemann kini akan dihantar pulang oleh pihak imigresen Malaysia. Dia dan keluarganya telah diserahkan kepada pihak berkuasa Perancis di lapangan terbang Kuala Lumpur, kata sumber terbabit.

- Advertisement -

Kes penculikan itu berlaku bila seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang tinggal bersama neneknya di Wilayah Vosges hilang dan kemudiannya ditemui bersama ibunya di Switzerland. Hasil siasatan polis mendapati bahawa Daillet-Wiedemann telah membantu penculikan gadis terbabit.

Pada tahun 2000, Daillet-Wiedemann adalah seorang ahli politik yang mewakili Gerakan Demokratik. Dia seterusnya dibuang daripada parti terbabit sebelum berpindah ke haluan kanan dan menjadi terkenal dengan gerakan konspirasi yang menuntut kudeta.

“Saya telah memutuskan untuk mengambil alih kuasa di Perancis, untuk memulihkan negara ini, untuk memberi anda kebebasan,” katanya dalam video YouTube yang diterbitkan tahun lalu. Manifesto yang dibawakan oleh beliau juga dikaitkan dengan teori konspirasi bahawa 5G dan pelitup muka adalah berbahaya untuk manusia.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL