spot_img

Minah Saleh Tak Pakai Mask Buat Hal Lagi, Kali Ini Di Bangsar Shopping Centre

- Advertisement -

SEKITAR Rabu lalu, tular di media sosial apabila terdapat seorang minah salleh yang membuat kecoh di butik Dior, KLCC gara-gara tidak dihalang untuk memasukinya kerana tidak memakai pelitup muka.

Tindakan beliau yang mendakwa mereka yang memakai pelitup mula sebagai komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih diberikan kepadanya sekaligus telah membuat para netizen berang.

Bukan itu sahaja, tindakan beliau nampaknya turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin yang menyuruh wanita ini mengikut SOP yang ditetapkan.

- Advertisement -

Di sangka telah mengambil iktibar terhadap insiden yang berlaku, beliau nampaknya sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas terdapat pengguna seorang Twitter yang sempat merakam telatah beliau di Bangsar Shopping Centre (BSC). Video di akhir artikel ini.

Menerusi video yang tular, beliau dilihat bertengkar dengan pihak pengawal selepas dihalang memasuki pasar raya berkenaan gara-gara tidak memakai pelitup muka.

- Advertisement -

Tindakan beliau yang penting dengan diri sendiri sekaligus turut membuatkan para netizen berpendapat untuk meminta wanita ini pulang ke negaranya. Terdapat juga netizen yang memuji dengan tindakan pihak pengawal yang penuh tenang mengawal situasi serta meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan.

Melihatkan kepada kali kedua dalam seminggu beliau menjadi perhatian netizen, diharap beliau dapat mengikut SOP yang ditetapkan dalam memudahkan beliau untuk memasuki sebarang premis sekaligus memudahkan urusan individu lain.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL