spot_img

Wanita Malaysia Jual Karya Seninya Di NFT Dan Dibeli Oleh Mike Shinoda Pada Harga RM7400

- Advertisement -

MUNIRA HAMZAH seorang wanita yang tinggal di Kuala Lumpur memulakan akaun NFT (Non Fungible Tokens) selepas mendapat galakan dari vokalis utama Linkin Park, iaitu Mike Shinoda. Semuanya bermula apabila Shinoda terjumpa karya seni Munira dan mencadangkan kepadanya agar menjual karya seninya di laman NFT.

Dia yang sudah menjadi peminat setia Linkin Park dan vokalis utama Mike Shinoda sejak masih remaja merasa teruja apabila salah satu karya seninya mendapat pujian dari ahli kumpulan rock tersebut. Selain memberi galakan, Shinoda juga telah membeli salah satu karya seni Munira di salah satu pasaran NFT pada harga RM7,400.

Ketika bercerita bagaimana semuanya bermula kepada Malay Mail, Munira berkata bahawa Shinoda akan membuat lukisan pada platform penstriman langsung, Twitch serta menyiarkannya di Instagram dan peminat seperti Munira akan mewarnakan karya tersebut.

Mike Shinoda memberi pujian kepada karya Munira

- Advertisement -

Dia yang banyak menyiarkan karyanya di laman Instagram dengan nama samaran Mumu The Stan telah berjaya mendapat perhatian Shinoda yang terjumpa salah satu karya seni Munira. Vokalis utama Linkin Park itu telah memuji karya yang dihasilkan oleh Munira dan mencadangkan kepadanya agar dia mencipta akaun NFT dan menjual karya-karyanya di sana.

Di dalam salah satu hantarannya di laman Instagram yang bertarikh 23 Jun 2020, Munira memuat naik salah satu video di mana Shinoda memuji cara Munira bermain dengan warna. “Saya tidak sangka ini akan berlaku walau sejuta tahun pun, mendengar dia kagum dengan karya seni saya. Terima kasih banyak @m_shinoda,” katanya yang teruja.

- Advertisement -

Kini, setelah menjual 1,800 karya seni di NFT yang terdiri daripada GIF seni piksel, lukisan digital dan lukisan lain, Munira percaya NFT adalah salah satu platform yang baik untuk para artis bebas berkarya tanpa mengikut kehendak pelanggan dan menjualnya secara dalam talian.

Kalau sebelum ini dia perlu membahagikan masa dengan kerja hakiki dan pada malam hari dia akan menyiapkan karyanya. Kini dia memilih untuk menjadikan kerja ini sepenuh masa dan meneroka sesuatu yang baharu. Dia juga percaya bahawa dengan menjual karya seninya di NFT mampu untuk mengekalkan pendapatan sepenuh masa pada jangka masa yang panjang.

“Sudah lima bulan sejak saya menceburkan diri dalam pasaran NFT dan saya memperoleh pendapatan hampir sama seperti yang pernah saya peroleh dalam pekerjaan saya sebelum ini sebagai peneraju kreatif. Saya boleh memberi tumpuan sepenuh masa pada karya seni saya dan mempunyai masa untuk meneroka sesuatu yang baharu,” katanya kepada Malay Mail.

- Advertisement -

Setelah memilih jalan ini, Munira kini mula mendapat perhatian dunia. Dia juga telah dijemput untuk berkongsi pentas dengan Shinoda dan beberapa artis antarabangsa yang lain dalam satu program bual bicara pada bulan hadapan. Kejayaan Munira ini pastinya akan menjadi pemankin kepada generasi muda akan datang untuk membawa bakat mereka pergi lebih jauh.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL