spot_img

Kisah Sebenar Pemandu Nissan Kicks Selepas Dikecam Menjadi “Perampas” Parking

- Advertisement -

TEMPAT letak kereta di kawasan perumahan bertingkat merupakan salah satu ‘cabaran’ yang perlu ditempuhi oleh penduduk-penduduk kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi ketika naik dan turun dari setiap tingkat aras kerana jika tersilap tekan pedal, boleh mengakibatkan kemalangan.

Baru-baru ini ada sebuah kereta dirakam melanggar tembok setelah dilihat memecut ketika cuba mendaki naik ke aras atas tempat letak kereta. Kejadian yang berlaku di Singapura itu dirakam oleh dashcam salah sebuah kereta kepunyaan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Pada awal rakaman video tersebut, kelihatan sebuah Honda Insight sedang cuba masuk ke kotak tempat letak kereta secara mengundur. Beberapa saat kemudian ada sebuah kereta Nissan Kicks meluru naik dari tempat letak kereta aras bawah, lalu melanggar bahagian belakang Toyota Prius dan kemudiannya merempuh tembok di kotak tempat kereta tersebut.

Rakaman yang tular sebelum ini

- Advertisement -

Menurut pemilik asal rakaman video dashcam ini, dia telah pun berjumpa dengan pemandu Nissan Kicks tersebut. Menurut pemandu itu, kereta itu cuma menggunakan satu pedal sahaja iaitu pedal pecutan.

Semasa mendaki naik ke aras atas tempat letak kereta, dia ternampak tempat letak kereta yang kosong itu dan langsung tidak perasan dengan Toyota Prius yang sedang mengundur untuk meletakkan keretanya.

- Advertisement -

Oleh kerana panik, pemandu Nissan Kicks itu tertekan pedal pecutan, lalu menyebabkan kereta tersebut meluru ke hadapan melanggar Toyota Prius dan merempuh tembok tempat letak kereta tersebut.

Untuk makluman semua, setiap model Nissan Kicks dilengkapi dengan teknologi e-Power yang turut mempunyai fungsi yang sama seperti sistem e-pedal pada model Nissan Leaf. Pedal tersebut berfungsi sebagai pedal pecutan dan pada masa sama sebagai pedal brek.

- Advertisement -

Apabila pemandu mahu menggerakkan kereta, pemandu cuma menekan pedal tersebut seperti biasa. Kemudian, apabila mahu memperlahankan atau memberhentikan kenderaan, pemandu cuma perlu mengangkat kaki daripada pedal dan sistem motor e-pedal akan diaktifkan.

Semoga pemandu segara pulih daripada kemalangan tersebut dan dapat berunding secara baik dengan beberapa pihak untuk menyelesaikan kerosakkan yang dibuatnya secara tidak sengaja.

Rakaman Nissan Kick e-POWER – One Pedal Drive

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL