spot_img

Cara Betul Keluar Dari Kereta Yang Masuk Ke Dalam Sungai Atau Tasik

- Advertisement -

BIASA dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Korang tahu tak, hampir mustahil untuk korang bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?

Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.

Bila dalam keadaan cemas macam ini, instinct pertama korang mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!

- Advertisement -

Bila kereta korang tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan korang takkan boleh bukak pintu kereta.

Air masuk = pressure in, Buka pintu = pressure out.

Andai kata korang gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:

- Advertisement -

1. Lari ke tempat duduk belakang

2. Percahkan cermin pintu kereta

3. Keluar melalui tingkap pintu kereta

“Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?”

- Advertisement -

Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.

“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”

Sekiranya korang tak ada glass breaker, korang boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.

Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?

Sebab kalau korang tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan korang dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.

Sama juga kalau korang nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar kau baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.

Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?

Korang kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai.

Cara pecahkan cermin pintu kereta

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL