spot_img

Pasangan Tinggal Anak Dan Maki Hamun Guard Tampil Beri Penjelasan Sebenar

- Advertisement -

PETALING JAYA“Saya pun tak akan sebodoh itu nak tinggalkan anak yang baru sahaja dikeluarkan dari hospital”.

Itulah perkongsian ibu kepada kanak-kanak perempuan yang tular ditinggalkan oleh satu pasangan di pos pengawal keselamatan dipercayai di salah sebuah apartmen yang terletak di Kuala Lumpur.

Berdasarkan satu ciapan yang dikongsi oleh wanita itu di laman Twitter, wanita tersebut menjelaskan, anaknya sakit dan baru sahaja keluar hospital dan dia terpaksa meninggalkan anaknya di tempat berkenaan.

- Advertisement -

“Tidak mengapa saya anggap semua tidak tahu, walaupun sudah menimbulkan fitnah. Saya pun tak akan sebodoh itu nak tinggalkan anak saya yang baru sahaja dikeluarkan dari hospital.”

“Anak saya sakit dan bayangkanlah saya terpaksa tinggalkan juga anak saya di mana kalau dia jatuh pun tak boleh,” katanya dalam ciapan itu.

Menerusi tinjaun sebuah Akhbar Tempatan di ruangan komen mendapati orang ramai masih mempertikaikan tindakan mereka yang sanggup meninggalkan anaknya yang sakit itu kepada orang yang tidak dikenali.

- Advertisement -

Salah seorang pengguna @Fionaseira berkata, minta maaf sahaja secara terbuka kerana mereka telah menyatakan terpaksa meninggalkan anak di pos pengawal keselamatan dan itu terang-terangan salah.

Artikel Berkaitan: Pasangan Tinggal Anak Dan Maki Hamun Pengawal Keselamatan Gara Gara Tidak Menjaga Anak Mereka

“Cuma minta maaf sahaja, malu dapat sekali sahaja bila minta maaf secara terbuka, terang-terang awak salah terpaksa atau dipaksa tinggal anak dekat pos pengawal.”

- Advertisement -

“Saya nak tinggal anak buah saya dekat orang tak kenal pun saya takut, awak hanya perlu mengaku sahaja salah itu dan tak hina pun mengaku kesalahan,” jelasnya.

Sementara itu, @pompoccoo berkata, kalau berlaku kejadian yang tidak diingini pasti wanita itu akan rasa bersalah.

“Kalau awak bijak, tak perlu pun tinggal anak dekat sana, kalaulah anak itu terjatuh dari kerusi masa dengan pengawal keselamatan itu, mesti lain pulak ceritanya,” ujarnya.

Sebelum ini sebuah Akhbar Tempatan melaporkan pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang lelaki akibat tidak menjaga anak mereka.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL