spot_img

Pasangan Tinggal Anak Dan Maki Hamun Pengawal Keselamatan Gara Gara Tidak Menjaga Anak Mereka

- Advertisement -

SEBUT mengenai anak, sudah pastinya secara lumrah tugas penjagannya diletakkan kepada pihak ibu bapa. Di tambah pula dengan keadaan masa kini, sudah tentu para ibu bapa perlu mengambil langkah penjagaan yang lebih ketat dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat sebuah pasangan selaku penyewa di sebuah apartment di Kuala Lumpur memilih untuk meninggalkan anak mereka kepada pihak pengawal keselamatan.

Bukan itu sahaja, mereka turut meninggalkan anak mereka di meja pengawal keselamatan sewaktu pihak pengawal sedang melaksanakan tugas pertukaran untuk melakukan rondaan di semua aras blok B apartment berkenaan.

- Advertisement -

Situasi menjadi tegang apabila penyewa berkenaan mendapati pihak pengawal keselamatan berkenaan tidak menjaga anak serta meluahkan kata-kata kesat beserta cubaan ugutan melakukan kekerasan fizikal. Penyewa berkenaan turut mengugut untuk menamatkan kontrak pihak pengawal berkenaan.

Insiden tersebut berjaya dileraikan oleh seorang individu awam yang mendakwa dirinya sebagai penjaga kepada pihak pengawal berkenaan di blok tersebut. Beliau turut merakam dan menasihati pasangan berkenaan untuk menjaga anak sendiri daripada melepaskan tangan kepada pihak pengawal.

- Advertisement -

Berdasarkan isu yang berlaku, individu awam tersebut turut mencabar pasangan ini membuat laporan polis sekiranya berada di pihak yang benar. Isu ini nampaknya telah mendapat perhatian pihak pengurusan apartment berkenaan dan dimaklumkan pihak polis juga sedia menjalankan siasatan susulan.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL