spot_img

Tular Rakaman “Joker” Tikam Orang Ramai Dan Bakar Kereta Api, 17 Penumpang Tercedera

- Advertisement -

PADA petang Ahad semalam, seorang lelaki berusia 24 tahun memakai kostum “Joker” telah menyerang penumpang di laluan kereta api Tokyo. Menurut laporan Reuters, insiden itu telah menyebabkan 17 orang awam tercedera ketika para pengunjung parti dalam perjalanan menuju ke pusat bandar untuk perhimpunan Halloween.

Seorang warga emas berusia 60 tahun dijumpai dalam keadaan kritikal selepas ditikam oleh “Joker” tersebut. Salah seorang saksi menyatakan penyerang itu telah menikam 10 orang penumpang secara rambang sebelum menuang cecair dipercayai minyak di sekeliling dalam gerabak sebelum menyalakan api.

Semasa serangan itu berlaku di laluan ekspres Keio menuju ke Shinjuku, stesen kereta api paling sibuk di dunia, dilaporkan lelaki berusia 24 tahun itu turut melemparkan asid hidroklorik.

- Advertisement -

Dalam beberapa video dan gambar yang dimuat naik pada platform Twitter, kelihatan orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila serangan berlaku dan kereta api mula terbakar.

“Saya ingatkan ia cuma ‘stunt’ untuk Halloween. Kemudian, saya ternampak lelaki memakai pakaian ‘Joker’ berjalan ke arah kami dan ‘melambai-lambai’ pisau panjang yang mempunyai kesan darah,” kata salah seorang saksi yang berada semasa kejadian.

- Advertisement -

Jabatan Bomba Tokyo berkata 17 penumpang cedera, termasuk tiga parah. Tidak semua daripada mangsa ditikam dan kebanyakan kecederaan tidak serius, tambah pegawai yang bertugas.

Setelah melakukan serangan tersebut, suspek ‘Joker’ itu dirakam sedang duduk sambil menghisap rokok dengan tenang seperti tiada apa-apa yang terjadi. Pihak polis telah menahan suspek serta-merta di tempat kejadian.

- Advertisement -

Media tempatan melaporkan suspek memberitahu pihak polis dia melakukan perkara tersebut kerana ‘mahu membunuh orang supaya dia boleh dijatuhkan hukuman mati’.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL