Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Rakaman Kesesakan Luar Biasa Semalam Di Plaza Tol Sungai Besi
spot_img

Rakaman Kesesakan Luar Biasa Semalam Di Plaza Tol Sungai Besi

- Advertisement -

PADA petang semalam dilaporkan berlaku kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan di laluan selepas Plaza Tol Sungai Besi arah ke pusat bandar dan dari arah Sungai Besi ke arah Universiti Putra Malaysia (UPM) berikutan banjir kilat.

Situasi tersebut telah dirakam oleh beberapa penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran dengan laluan plaza tol tersebut. Ternyata sekali imbas, kelihatan seperti sedang berlangsungnya ‘pesta lampu’ di atas jalan raya tersebut.

Kira-kira ribuan kenderaan memenuhi kedua-dua belah lorong yang diterangi dengan lampu brek belakang serta lampu hadapan kenderaan.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Ramai tidak menyangka kedua-dua rakaman video tersebut dirakam di Plaza Tol Sungai Besi. Mereka sangkakan keadaan kesesakan lalu lintas tersebut berlaku di kawasan luar negara.

Pada masa yang sama, ada netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semalam. Ada yang terperangkap hampir satu jam dan ada juga terperangkap lebih dua jam tidak boleh buat apa-apa.

- Advertisement -

Salah seorang pengguna TikTok yang merakam video semasa kejadian menyatakan bahawa kira-kira lebih lima buah ambulans telah melalui jalan raya itu ekoran terdapat kemalangan berlaku semasa hujan lebat. Ia menjadi salah satu faktor mengapa kesesakan lalu lintas yang melampau terjadi pada hari semalam.

Menurut Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), jarak kesesakan lalu lintas berlaku hampir empat kilometer di kedua-dua belah arah.

Manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula sudah mula mengeluarkan amaran bahawa beberapa negeri di Malaysia akan ditimpa hujan lebat berserta ribut petir.

- Advertisement -

Pada masa sama pihak mereka turut meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada semasa hujan lebat dijangka berlaku November ini hingga awal Januari 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 3 Nov dan berterusan sehingga Mac tahun hadapan.

Antara lagi rakaman yang tular

@mo_he_sh #malaysia #MiddleEast #kl #car ♬ Originalton – 🇭🇷

Reaksi beberapa wargamaya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL