spot_img

Rakyat Malaysia Pemenang Naib Juara E-Sukan Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Didakwa Beli Lamborghini

- Advertisement -

PADA pertengahan bulan Oktober lalu, seorang rakyat Malaysia telah membuat kejutan apabila berjaya muncul naib juara pada kejohanan e-sukan yang berlangsung di Bucharest, Romania.

Pemuda tersebut yang baru berusia 20 tahun, Cheng Jin Xiang atau lebih dikenali sebagai ‘NothingToSay’ mewakili pasukannya yang berpangkalan di China, PSG.LGD menduduki tempat kedua dalam pertandingan ‘Dota 2 The International 10’.

Pasukan terbabit berjaya meraih hadiah bernilai USD$5.2 juta (RM21.7 juta). Jika wang hadiah tersebut dibahagikan kepada lima orang pemain, setiap seorang akan membawa pulang USD1.04 juta (RM4.34 juta).

- Advertisement -

Baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial kelihatan ‘NothingToSay’ berdiri di sebelah sebuah Lamborghini Huracan berwarna putih. Gambar itu telah membuatkan orang ramai menyangka beliau telah membeli supercar tersebut dengan wang hadiah yang dimenanginya.

Gambar yang tular mengatakan NothingToSay membeli Lamborghini.

Rata-rata ramai memuji serta berbangga dengan hasil kerja keras beliau sejak tahun 2016, ‘NothingToSay’ kini merupakan salah seorang pemain Dota 2 yang duduk sebaris dengan pemain bertaraf antarabangsa yang lain.

Namun, beberapa jam gambar tersebut mula tular, beliau memuat naik hantaran di Facebook rasminya menafikan kenyataan orang ramai yang mana supercar tersebut adalah miliknya.

- Advertisement -

“Ini bukan saya punya, saya cuma bergambar dengan kereta tersebut,” terang beliau bagi menjelaskan perkara sebenar.

Hantaran tersebut telah membuat orang ramai berasa lucu apabila masing-masing berasa kena prank secara tidak sengaja oleh ‘khabar angin’ yang masih lagi dikongsikan oleh netizen-netizen lain ketika waktu ini.

- Advertisement -

Pada masa yang sama orang ramai masih memberikan kata-kata semangat serta yakin satu hari nanti ‘NothingToSay’ bakal memiliki kereta mewah dari negara Itali tersebut.

Memetik laporan sebuah Akhbar Tempatan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ti Lian Ker memaklumkan bahawa kejayaan wakil Malaysia itu membuktikan negara ini mempunyai pemain berbakat dalam e-sukan.

“Mereka menunjukkan dengan usaha, semangat tidak mudah mengaku kalah dan disiplin tinggi, pemain Malaysia juga boleh bersaing diperingkat tertinggi antarabangsa.”

“Ini memberi inspirasi dan contoh positif kepada ramai belia yang menaruh minat tinggi kepada e-sukan,” kata beliau.

Semasa pembentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat baru-baru ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan RM20 juta bagi merancakkan industri e-sukan yang dilihat berpotensi menjadi prospek terbaik pembangunan sukan negara.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL