Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Viral Rakaman Sekumpulan Remaja Buang Minyak Diesel Atas Permukaan Jalan
spot_img

Viral Rakaman Sekumpulan Remaja Buang Minyak Diesel Atas Permukaan Jalan

- Advertisement -

SABAN minggu, ada sahaja aktiviti konvoi berkumpulan menuju ke lokasi-lokasi tumpuan tidak kira di bahagian utara atau selatan negara. Tidak kira kenderaan besar mahupun kecil, ramai pihak tidak melepaskan peluang setelah hampir satu tahun lebih tidak dapat merentas negeri/daerah dengan bebas.

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi satu video di mana semasa berkonvoi dengan rakan-rakannya, mereka ‘terpaksa’ mengangkat dan menuang ‘minyak’ keluar daripada sebuah motosikal. Menurut lelaki berkenaan, mereka berbuat sedemikian setelah rakannya telah tersalah memasukkan minyak jenis diesel ke dalam tangki motosikal sendiri. Video diakhir artikel ini.

Namun video tersebut telah menarik perhatian para netizen lain yang berbeza pendapat mengenai cara mereka menuang keluar minyak diesel tersebut di atas jalan raya.

- Advertisement -

Majoriti yang berpendapat tindakan sekumpulan pemuda itu akan merosakkan permukaan tar yang akan mengakibatkan jalan mula merekah lalu berlubang. Selain itu, ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain apa melalui atas jalan tersebut.

Pada masa yang sama, ada yang menyokong cara mereka menyelesaikan masalah tersebut kerana jika ia dibuang di atas permukaan kawasan berumput, diesel itu akan meresap masuk ke dalam tanah lalu merosakkan ekosistem.

Menerusi beberapa perkongsian komen yang lain, mereka mencadangkan supaya sekumpulan pemuda tersebut mendapatkan bantuan pihak pekerja stesen minyak yang berhampiran untuk membantu buang minyak diesel daripada motosikal.

- Advertisement -

Ini kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan serta latihan untuk menangani situasi tersebut sekiranya perkara yang sama berlaku kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Rakaman yang tular

Reaksi beberapa wargamaya

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @NAKO.DETAILING
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @NAKO.DETAILING
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @NAKO.DETAILING
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @NAKO.DETAILING
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @NAKO.DETAILING

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL