Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Lipan Muncul Dalam Helmet Selepas 40 Minit Menunggang Motor
spot_img

Lipan Muncul Dalam Helmet Selepas 40 Minit Menunggang Motor

- Advertisement -

DI dunia ini ada pelbagai jenis serangga, dan diantaranya ada jenis serangga yang berbisa atau boleh menyebabkan kesakitan kepada kita (manusia). Antara serangga yang boleh membuatkan ramai orang takut ialah labah-labah, kala jengking, lipan dan sebagainya.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Wak Sarep mengalami satu situasi yang mendebarkan dan juga menakutkan apabila berdepan dengan salah satu serangga berbisa.

Seperti yang diceritakan lelaki ini dalam akaun Tiktoknya @waksarepysokan, kisahnya ketika lelaki ni sedang menunggang motosikal selama lebih kurang 40 minit, dia telah merasakan sesuatu yang geli di sekitar kepalanya yang pada mulanya disangkanya sebab rambut.

- Advertisement -

“Masa ride rasa, tapi ingat geli sebab rambut. Berhenti dan check, sekali pandang tak nampak. Rupa-rupanya dia menyorok celah-celah padding helmet. Selak betul-betul baru nampak,” kata Wak Sarep.

- Advertisement -

Rupa-rupanya, benda yang menyebabkan dia berasa geli ketika memakai helmet bukannya sebab rambut tetapi ada seekor lipan bersembunyi di celah-celah dalam helmet yang dipakainya.

Lelaki ini bersyukur kerana dirinya masih dilindungi dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepadanya seperti kena sengat lipan dan kemalangan dan sebagainya.

- Advertisement -

Dia berpesan kepada semua rider di luar sana agar mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak mengalami nasib sepertinya.

“Hati-hati korang.. Sebelum sarung helmet, check dulu.. Tengah ride, dok geli2 kat telinga pulak..” – Wak Sarep

Dinasihatkan agar semua pengguna motosikal agar periksa dulu keadaan dalam helmet sebelum memakainya kerana takut ada benda atau serangga yang menyorok.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL