spot_img

Gara Gara Suami Malas Bersihkan Akuarium, Arowana Jadi Santapan

- Advertisement -

SEMUA sudah sedia maklum apabila kita mempunyai haiwan peliharaan, selain daripada memberi makanan dan kasih sayang, kita juga bertanggungjawab untuk menjaga tempat tinggal mereka agar sentiasa bersih dan tidak kotor.

Contohnya kalau pelihara kucing, kita mesti sentiasa memastikan rumah kita bersih dan menjaga tempat kucing-kucing ini untuk membuang air besar atau air kecil.

Begitu juga jika kita memelihara ikan dalam akuarium di rumah, jika air sudah keruh kotor, maka kita mesti membersihkannya akuarium tersebut.

- Advertisement -

Melalui satu perkongsian dari seorang wanita berstatus isteri di aplikasi TikTok, pada mulanya dia telah meminta suaminya untuk membersihkan akuarium berisi ikan-ikan Arowana peliharaan suaminya. Namun permintaannya tidak dipedulikan oleh suaminya meskipun akuarium itu memang betul-betul sudah terlalu kotor.

Oleh kerana bengang dan geram dengan sikap suaminya, wanita ini pun akhirnya membuat keputusan untuk membersihkan sendiri akuarium tersebut.

- Advertisement -

Walaubagaimanapun, mungkin kerana cara dia membersihkan akuarium itu tidak berapa betul, maka ikan-ikan Arowana di dalamnya telah menjadi ‘mabuk’.

“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri. Tetapi ikannya menjadi mabuk,” wanita itu menjelaskan dalam status pada foto ikan berkenaan.

- Advertisement -

Oleh kerana tak tahu nak buat apa, wanita ini kemudiannya mengambil ikan-ikan tersebut dan menggorengnya. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan macam mana reaksi suaminya bila dapat tahu arowana kesayangannya telah digoreng dan dimakan.

“Perutnya (suami) terkejut kerana makan ikan mahal,” tulis seorang pengguna. “Terus dicampak isterinya ke dalam kolam,” tulis seorang lain pengkomen.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL