spot_img

Lelaki Yang Kecoh Tinggal Anak Dan Maki Guard Ditahan Polis Terlibat Kes Jenayah

- Advertisement -

SEKITAR minggu lalu, tular sebuah video di mana terdapat sebuah pasangan yang berang apabila pihak pengawal keselamatan tidak menjaga anak mereka yang diletakkan di pondok pengawal serta turut memaki hamun.

Situasi yang berlaku turut mengundang komen daripada para netizen yang terkejut dengan tindakan pasangan ini yang sanggup meninggalkan anak mereka kepada individu yang tidak dikenali. Bukan sahaja netizen, isu turut menjadi perhatian pihak pengurusan apartment serta pihak polis.

Terbaharu, dilaporkan lelaki yang mengamuk dalam video berkenaan telah ditahan oleh pihak polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Difahamkan lelaki berkenaan tidak ditahan kerana kekecohan yang dibuat sebaliknya disebabkan terlibat dengan kes jenayah.

KETUA POLIS DAERAH SENTUL, ASISTEN KOMISIONER BEH ENG LAI.
- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya tidak mengambil tindakan undang-undang berhubung video tular di Sky Awani I kerana ia tidak melibatkan sebarang kekerasan jenayah.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 27 Oktober lalu dan hanya membabitkan pertengkaran mulut antara pengadu dan pengawal keselamatan serta tidak membabitkan sebarang kekerasan jenayah. Oleh itu, tiada tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua pihak.

‘Kontrak sewaan ditamatkan, suspek lelaki punyai rekod jenayah lampau’

Perbadanan Pengurusan Residensi Awani (PPRA) kelmarin mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan, pasangan suami isteri yang bertengkar dengan pengawal keselamatan mereka pada 27 Oktober lalu, telah diberi notis amaran.

- Advertisement -

Menurut kenyataan itu, tindakan pasangan terbabit telah menganggu pengawal keselamatan dengan dakwaan tidak menjaga anak perempuan mereka berusia tiga tahun, telah diberikan notis amaran. Notis yang sama turut diberi kepada pemilik rumah sewa berkenaan.

“Pihak pengurusan telah mengemukakan Notis Amaran kepada pemilik dan penyewa tersebut. Kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut turut ditamatkan awal oleh pemilik unit dan pihak kami menerima makluman bahawa mereka di dalam proses untuk berpindah keluar,” kata kenyataan itu.

PPRA turut memaklumkan, pihak polis telah mengeluarkan waran terhadap suspek lelaki pada 3 November 2021 berikutan semakan rekod mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan sepert kes curi dan kes jenayah lampau.

- Advertisement -

“Hasil siasatan awal mendapati, pasangan penyewa tersebut sering berpindah bagi mengelak diri mereka dikesan. Beberapa anggota polis bersama pihak sekuriti serta pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya dibawa keluar sekitar jam 7 malam (3 November 2021) ke IPD bagi tindakan reman,” katanya.

Rabu minggu lalu, tular di media sosial video yang menunjukkan pasangan terbabit bertengkar dengan dua pengawal keselamatan bangunan kediaman itu. Pasangan itu bengang, pengawal keselamatan yang diamanahkan untuk menjaga anak mereka bertindak meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian semasa pergi melakukan rondaan.

Di Twitter, ibu kanak-kanak terbabit tampil memberi penjelasan dan menegaskan bahawa adalah tanggungjawab pihak pengawal keselamatan untuk menjaga anaknya dengan alasan pada ketika itu, dia dan suaminya berada dalam keadaan kecemasan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL