Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tular Rakaman Trend Terbaru "Salam Dari Binjai" Dikalangan Anak Muda
spot_img

Tular Rakaman Trend Terbaru “Salam Dari Binjai” Dikalangan Anak Muda

- Advertisement -

TREND “Salam dari Binjai” mula ditiru oleh anak muda apabila Paris Pernandes yang berasal dari Kota Binjai, Sumatera Utara memuat naik video beliau menumbuk pokok pisang sehingga tumbang. Video itu kemudiannya menjadi viral, baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Kebanyakan pengguna TikTok dari kalangan anak muda akan mengucapkan “Salam dari Binjai” sebelum menumbuk hancur pokok pisang.

Namun, setiap trend yang menjadi viral tidak selalunya berkisar pada kebaikan. Melalui laporan Kompas, sekumpulan anak muda di Kabupaten Lamongan, Jawa Timur, jelas belum cukup matang untuk mengetahui bahawa tidak semua pokok pisang layak untuk dihancurkan. Disebabkan hanya mahu mengikut trend, mereka telah bertindak menghancurkan kebun pisang milik seorang penduduk Kampung Surabayan. Video diakhir artikel ini.

Kejadian ini direkod dan menjadi tular di media sosial. Disebabkan itu, Ketua Kampung Surabayan, Sunarto mengesahkan kejadian tersebut dan memanggil 9 orang anak muda bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Ketika ditanya apakah niat disebalik tindakan mereka, anak muda ini tanpa rasa bersalah berkata kepada Sunarto bahawa tindakan mereka adalah sebahagian daripada amalan silat.

- Advertisement -

Kejadian ini rupanya tidak hanya berlaku di Kampung Surabayan, ia turut berlaku di Deli Serdang, Sumatera Utara. Seorang penduduk bernama Alhafizu memberitahu media mengenai pengalamannya menangkap sekumpulan anak muda memukul pokok pisang di hadapan rumahnya. Apabila ditegur, budak-budak itu pun berkata, “Salam dari Binjai!”

Apabila Alhafizu cuba untuk menasihat anak muda tersebut, situasi rupanya menjadi lebih teruk. Pokok pisang yang besar dan sedang berbuah turut dibantai oleh segerombolan anak muda sehingga ia senget. Alhafizu yang jelas kecewa dengan tindakan anak muda itu berkata kepada Detik bahawa ibu bapa sepatutnya memain peranan dalam memastikan anak mereka tidak melihat kandungan video yang boleh memberi kesan buruk kepada orang.

Di Twitter, warga Indonesia turut berkongsi pengalaman mereka terhadap trend ‘Salam dari Binjai’ dan kejadian serupa turut terjadi di kawasan mereka.

- Advertisement -

Setakat ini, trend yang tular di TikTok ini tidak memberi kesan yang besar di Malaysia. Tiada lagi laporan anak muda di Malaysia merosakkan pokok pisang milik orang kampung. Namun melihat daripada kejadian yang terjadi di Indonesia, diharapkan kelakukan ini tidak lagi ditiru oleh anak muda di Malaysia.

Rakaman yang tular

Antara lagi rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL