spot_img

Akhirnya KPDNHEP Dan Pensyarah Fiqh Makanan Tampil Jelaskan Siapa Bersalah Dalam Hal Siakap Caj Beribu

- Advertisement -

“JIKA harga dinyatakan awal, peniaga tak salah”

Kuala Lumpur – Tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli tercapai jika kedua-dua pihak meredai (Al-Taradi) harga yang sudah dipersetujui lebih awal.

Pensyarah Fiqh Makanan Semasa, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian IsIam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, apa yang menjadi kesalahan dalam Islam jika tiada harga dinyatakan atau tidak dibincang atau dimaklumkan lebih awal.

- Advertisement -

“Kebiasaannya mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya Islam atau bukan Islam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram (gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu.”

“Kalau itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara Al-Taradi iaitu reda antara dua pihak.”

“Sepatutnya kita sebagai pelanggan yang hendak makan perlu mengira kos keseluruhan sebelum menerima atau meminta pihak peniaga memasak ikan itu. Jangan bila sudah keluar bil kita terperanjat,” katanya ketika dihubungi sebuah Akhbar Tempatan.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penularan resit harga ikan siakap seberat 7.48 kg yang mencecah RM1,196.80 di restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut isu itu katanya, perbuatan menyebarkan perkara yang tidak benar ditegah Islam berikutan boleh mendatangkan fitnah apatah lagi menjatuhkan periuk nasi pihak lain.

“Apa yang berlaku hari ini ada niat tak baik jika pihak yang menyebarkan ini dia faham dan mengetahui harga ikan itu lebih awal ketika ditimbang maka tidak bagus dia menyebarkan perkara tidak sepatutnya kerana ia akan memburukkan nama pihak peniaga.”

- Advertisement -

“Jadi janganlah kita menampakkan yang kita ini tidak tahu halal haram serta tidak menjaga sensitiviti orang lain hingga menjatuhkan periuk nasi mereka.”

“Kalau kita hendak makan, buat cara hendak makan jangan sampai kita mendedahkan atau sebarkan benda yang tidak sepatutnya itupun boleh jatuh fitnah,” katanya.

Menu

Menu yang memaparkan harga masakan atau minuman.

Baru-baru ini, seorang pelanggan memuat naik resit dengan jumlah bil keseluruhan makanan dan minuman mencecah RM1,759.50 termasuk perincian harga dan berat ikan siakap berkenaan.

Dalam hantaran di Facebook, pelanggan itu memaklumkan dia menyampaikan teguran dan nasihat kerana tidak berpuas hati dengan harga serta berat ikan itu yang dirasakannya tidak sepadan untuk tujuh orang makan.

Bagaimanapun, pemilik restoran terbabit pula mendakwa, harga berkenaan sudah dinyatakan dalam menu iaitu RM16 setiap 100 gm serta mencadangkan pelanggan itu memilih ikan lain yang lebih sesuai sebelum dimasak, namun dia tidak berbuat demikian.

KPDNHEP telah melakukan siasatan

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan siasatan dalam insiden sekumpulan pelancong yang terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

“Kita akan menyiasat perkara tersebut dengan adil dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.”

“Pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian yang menimpa sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat sekitar 7 kilogram di salah sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1,852.50 termasuk menu lain.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah, Mohd. Yusrizal Yusof berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerima beberapa aduan berkaitan caj harga makanan yang tinggi di pulau peranginan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ia melibatkan restoran lain.

“Kita meminta pihak kementerian membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada yang tertindas dalam isu berkenaan.”

“Pemilik restoran sewajarnya meletakkan tanda harga atau memaklumkan mengenai harga sebenar makanan agar pelanggan dapat membuat pilihan sama ada mahu menjamu selera atau sebaliknya,” jelas beliau.

Tambahnya, isu peniaga memanipulasi harga semakin serius di pulau berkenaan berikutan mereka baru sahaja menerima pelancong luar sebaik kerajaan membuka semula sektor ekonomi.

Siasatan Awal KPDNHEP

Siasatan awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP mendapati peniaga yang tular kerana menjual hidangan ikan siakap lebih RM 1,000 tidak melanggar syarat di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, peniaga tersebut telah mempamerkan harga bagi setiap menunya dengan jelas.

“Walau bagaimanapun, pihak kami telah mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 kepada peniaga terbabit.”

“Notis tersebut meminta peniaga untuk melampirkan dokumen sebagai bukti harga yang diletakkan oleh peniaga tersebut adalah munasabah,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Selain itu, kata beliau, pihaknya tidak boleh menetapkan harga bagi peniaga terbabit kerana barangan jualannya tidak tersenarai sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 atau Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.

Walau bagaimanapun, menurut Abdul Rafar, pihaknya setakat ini hanya menerima satu aduan berkenaan perkara tersebut.

Katanya, aduan itu adalah daripada orang awam yang mengetahui perkara tersebut daripada media sosial dan bukan daripada pelanggan itu sendiri.

Justeru, beliau meminta pelanggan terlibat untuk tampil dan membuat aduan rasmi kepada KPDNHEP jika berasa ditipu oleh peniaga berkenaan.

“Aduan daripada pelanggan adalah penting bagi mendapatkan keterangan lanjut untuk memastikan siasatan dapat dilakukan dengan adil dan telus,” tambahnya.

Rakaman keterangan balas peniaga

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL