spot_img

Lihat Bagaimana Pangsapuri 10 Tingkat Ini Dibina Dalam Masa Satu Hari

- Advertisement -

SEBUAH syarikat pemaju hartanah di daerah Hunan di China telah berjaya membina bangunan kediaman 10 tingkat dalam masa hanya 28 jam dan 45 minit. Setiap unit kediaman telah siap dipasang di kilang mereka dan dibawa ke tapak pembinaan.

Setiap unit mempunyai saiz yang sama dengan kontena penghantaran bagi memudahkan penghantaran. Apabila tiba di tapak pembinaan, pekerja hanya perlu mengetatkan bolt untuk memasangnya semula.

Bangunan ini telah dibina menggunakan bahan keluli tahan karat dan direka agar dapat bertahan daripada gempa bumi dan ribut taufan.

- Advertisement -

Memang mengagumkan. Tetapi menjadi tanda tanya juga adakah konsep sebegini lebih menjimatkan ataupun tidak. Jika ya, bila agaknya syarikat pemaju hartanah di Malaysia dapat mempraktikkannya?

Rakaman yang tular

Video yang dikongsikan di Twitter oleh pengguna Faisal Rahim mencuri tumpuan ramai yang kagum dengan cara pembinaan rumah seperti blok lego itu.

- Advertisement -

Menggunakan sistem modular dalam pembinaan juga dikatakan mempunyai faedah-faedah seperti kos lebih murah, bangunan lebih kuat, lebih ringan, serta mudah dipindahkan ke tempat lain.

Walaupun ramai yang kagum dengan sistem tersebut, ada juga yang berpendapat ia tidak sesuai digunakan di Malaysia.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL