spot_img

RM12K Dah Bayar Nak Upgrade Enjin EVO Sejak MCO Pertama Tapi Sampai Sekarang Kereta Masih Togel

- Advertisement -

PADA dua hari lalu seorang pemilik Proton Wira telah berkongsi kehampaannya setelah melihat kereta kesayangannya dibiarkan ‘togel’ terbengkalai oleh pomen bengkel yang dipercayainya selama ini.

Menurut wanita itu, dia meninggalkan keretanya di bengkel tersebut pada awal Perintah Kawal Pergerakkan (PKP) tahun lalu kerana bateri keretanya telah mati. Disebabkan kereta itu akan duduk jangka masa yang agak lama, jadi dia mengambil keputusan untuk mengubahsuai kereta Wira tersebut menjadi ‘Evo’.

Tambahnya lagi, dia telah menghabiskan sekurang-kurangnya RM12,000 secara ansuran untuk proses pengubahsuaian kereta tersebut. Namun, setiap kali wanita ini menanyakan bagaimana keadaan atau mahu melawat untuk melihat keretanya, pemilik bengkel tersebut sering kali memberikan seribu satu alasan supaya wanita ini tidak dapat melihat keretanya sendiri.

Rakaman Lawatan Ain Ke Bengkel

@ain_jeman Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
- Advertisement -

Setelah perkara itu tular mendapat liputan di seluruh media sosial, wanita ini memuat naik video terbaru di mana pomen bengkel tersebut secara ‘tiba-tiba’ menghantar mesej WhatsApp berjanji akan menyiapkan kereta tersebut pada hari Sabtu minggu ini.

Tambah pomen itu lagi, semasa wanita tersebut pergi ke bengkel tersebut secara mengejut, kereta itu kelihatan ‘togel’ kerana mendakwa enjin masih belum dipasang oleh sebab ada perubahan. Dia turut menyatakan kereta tersebut boleh diambil semula pada hari Sabtu ini andai kata kesemuanya komponen sudah siap dipasang dan dicat semula.

- Advertisement -

Mesej WhatsApp yang dihantar oleh pomen tersebut membuatkan pengguna TikTok yang lain meminta wanita ini membawa kawan yang berpengalaman supaya memastikan kereta tersebut diserahkan dalam keadaan yang baik seperti yang dijanjikan.

Rakaman Penjelasan Ain

@ain_jeman Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu 🙏🏻#fypage #fyp #tolongbantu ♬ original sound – 🌟

Tambah orang ramai lagi, mereka menyarankan agar pemilik Wira tersebut membuat laporan polis serta membawa kes ini kepada tribunal pengguna untuk mendapatkan pengadilan sekiranya bengkel tersebut memungkiri janji.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL