spot_img

Video Linkin Park Henti Persembahan Kembali Tular Selepas Tragedi Di Konsert Travis Scott

- Advertisement -

ASTROWORLD Festival sentiasa dinantikan oleh peminat setia Travis Scott dan konsert yang berlangsung Sabtu lalu dilaporkan dihadiri lebih 50,000 orang. Namun, konsert tersebut bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya lapan orang maut dan yang lain cedera setelah dihempap oleh orang ramai.

Difahamkan bahawa mangsa yang dihempap berusia di antara 14 tahun, 16 tahun, 21 tahun (2 orang), 23 tahun (2 orang), 27 tahun dan seorang mangsa masih tidak diketahui. Manakala 25 orang telah dihantar ke hospital dan di antara mereka, 13 masih berada di hospital, lapor Datuk Bandar Houston Sylvester Turner dalam sidang akhbar petang Sabtu.

Rakaman Percubaan Untuk Hentikan Konsert Tidak Berjaya

- Advertisement -

Peminat mula beranggapan tragedi seperti itu dapat dielakkan sekiranya penganjur bertindak pantas dengan memberi rawatan segera kepada mereka yang tercedera.

Beberapa video daripada peminat yang merayu supaya konsert dihentikan untuk memberi peluang mangsa dirawat turut tular di mana laungan pertolongan mereka tidak diendahkan oleh staf dan Travis Scott sendiri.

Di TikTok, klip persembahan kumpulan Linkin Park pada tahun 2001 di London kembali tular kerana insiden yang hampir serupa di konsert Travis Scott berlaku di konsert mereka.

Rakaman Linkin Park Hentikan Konsert

- Advertisement -

Dapat didengari Mike Shinoda mengarahkan rakan-rakannya yang lain untuk berhenti bermain untuk menyelamatkan peminat mereka yang terjatuh ke tanah. “Maaf semua. Bantu angkat dia. Keselamatan paling penting. Kita akan main semula lagu ini dari awal selepas ini. Jaga diri semua,” kata Mike Shinoda.

Rata-rata peminat mula membanjiri video asal klip tersebut di YouTube dan menulis pihak penganjur dan artis perlu menjadikan Linkin Park sebagai contoh yang baik dalam mengendalikan kemalangan dengan baik.

- Advertisement -

Sepanjang aktif, Linkin Park adalah antara kumpulan yang tidak banyak dilanda kontroversi dan sudah beberapa kali memilih Malaysia untuk konsert World Tour mereka. Selepas kematian Chester Bennington pada tahun 2017, Mark Shinoda berkata Linkin Park masih belum ada perancangan untuk buat konsert tanpa Chester.

Namun mereka ada perancangan untuk menghasilkan lagu baharu tetapi masih dalam status ‘berehat’ sejak kematian Chester.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL