spot_img

Arwah Zulfarhan Didera Dan Dibunuh Kerana “Bomoh” Fitnah Dia Mencuri

- Advertisement -

BAPA kepada kadet marin yang terbunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan perasaan bahawa anaknya mungkin masih hidup hari ini jika bukan kerana seorang “bomoh” atau pawang yang mendakwa anaknya mencuri komputer riba.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Free Malaysia Today, Zulkarnain Idrus berkata bahawa tuduhan bomoh tersebut tidak berasas dan tidak disertakan dengan bukti, sebaliknya hanya berpaksikan kepada aksi tahyul.

“Anak saya mangsa fitnah bomoh,” kata bapa kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbunuh itu kepada FMT. “Dia (bomoh) tak ada bukti, main serkap jarang, tengok mangkuk ke, ape ke…Tak ada bukti, timbul (nama) anak saya,” katanya.

- Advertisement -

Semasa perbicaraan Zulfarhan pada 16 Mei 2018, seorang bomoh, Abdullah Md Seh, yang juga bapa tertuduh Muhamad Ashraf Abdullah, dilaporkan memberitahu mahkamah dia menerima “petunjuk” melalui gerak hati dan nama Zulfarhan muncul dalam pandangan bahawa mangsa telah mencuri komputer riba.

Zulkarnain yang kehilangan anak sulungnya berharap masyarakat mengambil iktibar daripada pengalaman pahit yang terjadi ke atas anaknya. Dengan menggunakan khidmat bomoh untuk niat yang tidak betul bukan sahaja memberi kesan buruk kepada mereka yang terlibat dan hanya akan membawa mudarat.

Apa yang terjadi ke atas Zulfarhan telah membangkitkan isu kecenderungan masyarakat Melayu dalam mempercayai perkara tahyul yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

- Advertisement -

Sebelum ini dilaporkan keputusan mahkamah yang berpihak kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan apabila 18 penuntut #UPNM didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh & mencederakan mangsa.

Enam individu tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh arwah. Selain itu, mahkamah mendapati 12 yang lain bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL