spot_img

Tular Insiden “Gatal Tangan” Buka Kotak Kargo Dan Usik Motosikal Ducati

- Advertisement -

DALAM tempoh 24 jam yang lalu, dunia permotoran kecoh dengan insiden kotak kargo yang mengandungi motosikal pasukan WSBK Ducati telah dibuka oleh salah seorang kakitangan Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) di Litar Mandalika, Lombok Indonesia.

Kejadian itu telah menyebabkan beberapa portal tempatan Indonesia melaporkan berita mengenai ‘bos besar’ Ducati, Paolo Ciabatti telah mengamuk dengan menyatakan kejadian seperti itu hanya pernah terjadi di negara dunia ketiga pada 40 tahun lalu.

- Advertisement -

Namun, ternyata berita yang tersebar dikalangan netizen Indonesia tersebut hanyalah satu ‘khabar angin’ atau ‘berita palsu’ apabila pihak Ducati sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi melalui satu ciapan di Twitter di mana mereka tidak mengeluarkan sebarang ‘kenyataan marah’ terhadap negara Indonesia.

“Bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh beberapa pihak media, Paolo Ciabatti dan Ducati Corse tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung peristiwa yang berlaku di Litar Streert Antarabangsa Mandalika.”

- Advertisement -

“Kami tidak sabar untuk berjumpa dengan semua peminat dari Indonesia dan melawat Indonesia untuk Pusingan WorldsSBK dan Grand Prix MotoGP pada tahun hadapan,” terang Ducati Corse dalam satu ciapan mereka.

Penjelasan yang dibuat oleh pihak Ducati telah membuatkan netizen Indonesia berasa lega dan mengungkapkan permohonan maaf terhadap insiden berlaku terhadap motosikal model Ducati Panigale V4 R yang bakal ditunggang oleh Micheal Ruben Rinaldi untuk acara WSBK di Litar Mandalika, Lombok Indonesia.

- Advertisement -

Insiden ini menjadi heboh apabila ada pihak berkongsi gambar dan video kotak kargo yang mengandungi motosikal pasukan WSBK Ducati telah dibuka oleh ‘seseorang’.

Menurut GridOto, kotak kargo hanya boleh dibuka oleh pihak berkuasa cukai dan pasukan itu sendiri dengan keizinan promoter kejuaraan iaitu Dorna Sport bagi mengelakkan penipuan dalam peraturan WSBK.

Namun semasa pemeriksaan berlangsung, ada pegawai trek dari promoter Mandalika Grand Prix Association (MGPA) juga seorang YouTuber yang mengendalikan akaun ‘Soul Kuta Lombok’ merakam video serta memuat naik ke saluran YouTube miliknya sebagai konten tanpa sebarang keizinan (video tersebut sudah diturunkan dari salurannya).

Pengarah Eksekutif WSBK, Gregorio Lavilla telah memohon maaf kepada Ducati dan mendakwa insiden yang terjadi berada di luar kawalan mereka. Pada masa yang sama pegawai yang memuat naik video tersebut telah dipecat dan pihak MPGA menafikan tindakan pegawai itu bersangkut-paut dengan mereka.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL