Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Maksud Sebenar Syair "Apokalips" Yang Dijadikan Lagu
spot_img

Maksud Sebenar Syair “Apokalips” Yang Dijadikan Lagu

- Advertisement -

ALLAHYARHAM Rosli Khamis atau lebih dikenali dengan nama seninya Loloq seorang yang suka akan buku. Dunia bukunya atau ketaksuban pada buku itu dipilih bagi menghiburkan hati dia yang merasai diri ini kosong perlu diisi dengan ilmu, ketenangan dan keasyikan.

Namun bukanlah buku-buku kosong seperti majalah mangga, urtv tetapi buku yang menjadi peneman dalam hidup arwah Loloq adalah buku syair seperti Mathnawi Rumi, jika penyair Rusia beliau meminati Alexander Pushkin, Rabinranath Tagore seorang penyajak dari India.

Tapi hari ini kita mahu menghuraikan apakah makna di sebalik syair apokalips ataupun Lagu Apokalips yang dinyanyikan oleh M.Nasir sendiri.

- Advertisement -

Mari dengar bait-bait lirik serta maksud yang tersurat di dalam lirik Apokalips:

1 2 3 Do Re Mi – Kita manusia selalu berfikir tentang duit & hiburan

Apa nak jadi, Alif Bata A B C – Kita meminggirkan al-Quran dan juga ilmu yang bermanfaat

- Advertisement -

Apa nak jadi, Akan terjadi – Qada & qada

Hujan pasti berhenti – Alam mengikut peredaran yang telah ditentukan. Hujan sebagai lambang rahmat yang pasti ada penamatnya.

Ada masanya aku suka berteman – Solat berjemaah & segala aktiviti bermasyarakat.

- Advertisement -

Ada masanya aku suka bersendiri – Solat tahajud, solat taubat, muhasabah diri.

Ada masanya aku suka berjalan – Menziarahi & bergerak mencari ilmu / rezeki / sahabat / hiburan.

Ada masanya aku suka berehat – Rehat dan tidur, itulah had kita sebagai makhluk yang pasti penat.

Ada masanya engkau suka berteman, Ada masanya engkau suka bersendiri, Ada masanya engkau suka berjalan, Ada masanya engkau suka apa yang ku suka – Kita semua sama, “bebas” melakukan apa yang kita suka dengan izin Allah.

Hidup dan nasib roler koster – Roler koster – permainan yang mengujakan, kadang kita rasa takut, kedang kita rasa seronok. Begitu juga aras kebahagian dan rezeki kita, kadang ada, kadang tiada. Jika mahu thrill yg lebih menguja silakan pilih roler koster yg lebih mencabar, jika tidak pilih saja yg layaknya untuk kanak-kanak.

Susah dan senang bersilih ganti – Alif Laam Miim,[1]. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. Surah Al-’Ankabut, ayat 1 & 2.

Bila-bila boleh naik dan turun – Kita tidak tau apa nasib kita maka ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

Video Lagu Apokalips

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL