Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tular Video Jerung Paling Ganas Di Dunia, Penuh Parut Dan Kesan Gigit
spot_img

Tular Video Jerung Paling Ganas Di Dunia, Penuh Parut Dan Kesan Gigit

- Advertisement -

SEEKOR jerung putih besar atau great white shark penuh parut dirakam berenang berhampiran Kepulauan Neptune di Australia Selatan.

Perairan kepulauan Neptune dipercayai rumah kepada 1,000 ekor jerung yang dikenali sebagai Carcharodon carcharias itu.

Great white shark dikategorikan sebagai paling ganas di dunia berenang di lautan berkenaan dengan kesan parut dan gigitan.

- Advertisement -

Seorang ahli sinematografi bawah air, Dean Spraakman merakam aksi jerung berkenaan ketika dalam ekspedisi di perairan itu Januari lalu.

Spraakman berkata pemangsa berukuran 11 kaki itu “mesra” dengan pasukannya.

- Advertisement -

Bagaimanapun mereka tidak dapat memastikan apa yang menyebabkan kesan luka dan parut pada kulit jerung malang itu.

Spraakman dan pasukan profesionalnya berkata mereka tidak pernah melihat seekor jerung yang cedera teruk sebegitu sebelum ini.

Anggapan mereka mungkin jerung itu bermungkinan terkena kipas bot atau terperangkap dalam pukat perangkap ikan tuna.

- Advertisement -

“Saya sedar ia mempunyai parut sekilas pandang tetapi saya tidak dapat menganggar kepanjangan luka dan calar itu sehingga saya menyemak rakaman video.”

“Walaupun sakit dan cedera, ia sangat tenang ketika menghampiri kami. Malah ia mempunyai rasa ingin tahu yang hebat,” katanya.

Menurut Dean, jerung itu berenang menghampiri pasukannya dengan lebih dekat, kira-kira pada jarak sedepa.

Menurut penjelajah National Geographic, Prof Yannis Papastamatiou membuat spekulasi bahawa parut dan luka tersebut mungkin berpunca daripada pergaduhan haiwan itu dengan jerung lain.

Menurut Tabung Alam Sedunia (WWF), jerung putih ialah ikan pemangsa terbesar di dunia.

Spesies ikan paling agresif ini tidak akan mengunyah mangsa sebelum ditelan.

Walaupun memiliki 300 batang gigi yang tajam, jerung hebat itu hanya akan merobek tubuh mangsanya dan menelan begitu sahaja.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL