spot_img

Kerana Berebut Pam Minyak, Pemuda Sanggup Pukul Warga Emas Di Kepala

- Advertisement -

PADA lewat hari semalam, tular rakaman video CCTV di mana seorang lelaki memukul seorang warga emas. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Stesen Minyak Shell Tol Jalan Duta.

Pada awal rakaman video tersebut, mangsa yang memandu Proton Perdana serta penunggang motosikal terbabit dilihat bergerak seiringan menuju ke pam minyak yang sama sebelum warga emas terbabit memberhentikan keretanya di pam minyak tersebut. Video diakhir artikel ini.

Setelah warga emas keluar daripada keretanya, penunggang motosikal itu meluru ke arahnya lalu berlaku pertengkaran kecil di antara kedua-dua belah pihak. Sejurus selepas itu, penunggang motosikal membuka topi keledar yang dipakainya lalu memukul pada bahagian kepala warga emas tersebut.

- Advertisement -

Lalu, warga emas itu kelihatan terjatuh dan seorang orang awam dan pekerja stesen minyak menghampiri tempat kejadian untuk melihat keadaan si mangsa. Selepas memukul warga emas, penunggang motosikal itu dirakam melarikan diri daripada tempat kejadian seperti dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Rakaman video CCTV itu telah mengundang orang ramai mengecam tindakan ‘kurang sabar’ penunggang motosikal terbabit sehingga menyebabkan warga emas itu jatuh rebah di tempat kejadian.

Orang ramai berharap agar pihak PDRM dapat mengesan dan mendakwa penunggang motosikal terbabit ke muka pengadilan kerana mencederakan warga emas gara-gara tidak dapat bersabar hanya seketika.

Reaksi warga maya

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM CARETA_MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM CARETA_MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM CARETA_MALAYSIA

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL