spot_img

Polis Dedahkan Sesuatu Mengenai Van Pemandu Kes Rempuh Budak

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pemandu yang terlibat merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dekat sini kelmarin dipercayai tidak mempunyai permit van sekolah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pihaknya turut memantau kes berkenaan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

“Ia berikutan kenderaan berkenaan berwarna putih dan bukannya kuning/jingga seperti yang sudah ditetapkan.”

- Advertisement -

“Selain itu, van tersebut tidak tertera perkataan van sekolah sekali gus dipercayai tidak mempunyai permit yang dibenarkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pemandu van sekolah supaya mematuhi peraturan ditetapkan dengan memiliki permit yang sah.

“Selain itu, ibu bapa dinasihatkan memilih perkhidmatan van sekolah berdaftar dengan mengambil kira faktor keselamatan anak-anak mereka,” katanya.

- Advertisement -

Terdahulu akhbar tempatan melaporkan pemandu van berusia 31 tahun yang terbabit merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini tengah hari kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Pemandu van yang terbabit merempuh kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sini tengah hari kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi semalam.

- Advertisement -

Md. Noor berkata, pemandu van wanita berusia 31 tahun itu terlebih dahulu ditahan polis kelmarin untuk diambil keterangan.

“Pemandu van berkenaan telah diambil keterangan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.”

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu,” katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati, pemandu van itu mempunyai lesen memandu yang sah dan van itu turut dilengkapi cukai jalan.

Arwah, Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7.

Dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Nur Alisha Safiya Mohd Azlin maut selepas dirempuh van dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) kelmarin.

Siasatan mendapati mangsa dikatakan turun dari van berkenaan dan berjalan di hadapan van sebelum dirempuh.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL