Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Selepas Pemergian Arwah Alisha, Ada Lagi Khabar Duka Menimpa Keluarga Arwah
spot_img

Selepas Pemergian Arwah Alisha, Ada Lagi Khabar Duka Menimpa Keluarga Arwah

- Advertisement -

SEPANG – Belum habis hilang kesedihan selepas pemergian cucu tersayang dua hari lalu, seorang wanita warga emas terpaksa pula meratapi kematian suaminya hari ini.

Jumaat lalu, Mahani Hamid, 68, bersedih atas kematian cucu perempuannya, Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7, selepas dirempuh van sekolah dinaiki di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Pagi tadi, dia menerima berita kematian suaminya, Saad Hashim, 70, akibat derita penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu.

- Advertisement -

Mahani ketika dihubungi berkata, arwah suaminya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 pagi tadi di kediamannya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.

Beliau berkata, kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh 48 jam adalah sesuatu yang memeritkan.

“Saya akui berat untuk terima pemergian dua insan tersayang serentak. Baru semalam saya ziarah cucu, hari ini suami pula meninggalkan saya,” katanya.

- Advertisement -

Katanya, dia sempat menatap wajah cucunya buat kali terakhir ketika solat jenazah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam semalam.

“Ketika itu, Nur Alisha Safiya Cukup Ceria, Berbeza Dgn Sebelum Ini” Keluarga Bagitahu Tanda-Tanda Akhir Sebelum Adik Alisha Pergi

“Menantu beritahu, arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” kata Mahani Hamid.

- Advertisement -

Mahani, 68, adalah nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd, 7, murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari, Nur Alisha Safiya cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital swasta.

Nur Alisha Safiya, anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan kakitangan kerajaan di Putrajaya, Mohd Azlin, 47, dan Mahani Saad, 43.

Mahani berkata, hujung minggu lalu, Nur Alisha Safiya pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang bersama ibu bapanya.

Menurutnya, ketika itu, semua lima anaknya bersama cucu berkumpul di kampung untuk menziarah suaminya, Saad Hashim, 70, yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu.

“Ketika itu, Nur Alisha Safiya cukup ceria, berbeza dengan sebelum ini yang mana dia seorang yang pemalu serta pendiam. Pada malam pertama di kampung, Nur Alisha Safiya tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupunya.”

“Ketika mahu pulang, Nur Alisha Safiya bersalaman dan memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini,” katanya ditemui di kediaman keluarga arwah di Taman Intan Baiduri, Labu lanjut, Salak Tinggi hari ini.

Sementara itu, abang sulung Nur Alisha Safiya, Muhammad Aiman Firdaus, 16, berkata ketika kejadian dia berada di rumah selepas tamat sesi persekolahan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Menurutnya, dia dimaklumkan berkaitan kejadian oleh bapa saudaranya yang datang ke rumah.

“Nur Alisha Safiya sangat rapat dan manja dengan saya kerana saya sering membantunya menyiapkan kerja sekolah selain dijadikan rujukan jika dia berdepan masalah pembelajaran.”

“Pemergian Nur Alisha Safiya cukup mengejutkan, rumah pasti sunyi selepas ini. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL