Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tular Rakaman Pesan Ayam Goreng Tapi Dapat "Tuala Goreng"
spot_img

Tular Rakaman Pesan Ayam Goreng Tapi Dapat “Tuala Goreng”

- Advertisement -

APA perasaan anda kalau memesan makanan ayam goreng tapi yang dapat tuala goreng? Mesti anda berada bengang dan geram bukan? Namun itulah pengalaman seorang wanita yang dikenali sebagai Alique Perez ketika memesan makanan di restoran Jollibee, Filipina melalui aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan Grab.

Menurut Alique Perez, dia memesan ayam goreng itu untuk anaknya namun kemudian merasa hairan apabila ayam goreng itu terasa liat semacam apabila digigit. Dia pun kemudiannya menanggalkan lapisan tepung pada ayam goreng tersebut.

Perez terkejut besar apabila mendapati bukan isi ayam yang disalut tepung dan digoreng, tetapi tuala pengelap yang berwarna biru!

- Advertisement -

“Perbuatan ini sangat menjijikkan. Bagaimana anda boleh memasukkan tuala pengelap dalam adunan tepung dan menggorengnya seperti ayam,” kata Perez.

Insiden tersebut sangat menjijikkan dan Perez yang mengakui selama ini beranggapan segala kisah viral yang pelik mengenai apa yang ditemui dalam makanan adalah rekaan semata-mata untuk viral, namun kini dia sendiri yang menjadi mangsa situasi sedemikian.

- Advertisement -

Perez turut menyuarakan kebimbangannya mengenai makanan-makanan lain yang turut disediakan pada hari tersebut yang kemungkinan turut terjejas disebabkan tuala tersebut, menggunakan minyak sama.

Selepas hantaran Alique Perez itu menjadi tular, Jollibee kemudian mengeluarkan kenyataan mereka dan meminta maaf. Mereka juga komited untuk berhati-hati dalam penyediaan makanan untuk kepuasan pelanggan mereka.

- Advertisement -

Selain itu francais Jollibee yang menyediakan ‘tuala goreng’ itu juga ditutup 3 hari untuk siasatan.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL