spot_img

Eco-Shop Umum Terpaksa Naik Harga Barang Kerana Kos Semakin Meningkat

- Advertisement -

DIKALANGAN masyarakat Malaysia, Eco-Shop adalah antara tempat wajib yang dikunjungi oleh para pembeli yang mencari barang kelengkapan rumah. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah adalah antara sebab mengapa Eco-Shop sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Namun disebabkan kos barang yang semakin meningkat, Eco-Shop melalui satu Notis Perubahan Harga berkata bahawa mereka terpaksa menaikkan harga kepada 10 sen.

Terbaharu, melalui hantaran Facebook rasmi Eco-Shop, syarikat itu berkata, “Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah & Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.”

Facebook rasmi Eco-Shop

Eco-Shop dalam kenyataan mereka mengesali tindakan menaikkan harga, namun terikat dengan kos barangan yang semakin meningkat dan prinsip utama syarikat yang mahu menawarkan barangan yang berkualiti. Bagi para netizen pula, mereka melihat kenaikan harga barang di Eco-Shop adalah disebabkan kesan inflasi dan ditambah pula dengan kesan pandemik COVID-19.

- Advertisement -

Sebelum Eco-Shop, sebuah jenama perabot terbesar dunia Ikea turut menjangkakan kenaikan harga barang akan terjadi di premis mereka. Ini berikutan daripada gangguan berpanjangan yang berlaku terhadap rantaian bekalan. Kebimbangan ini dikeluarkan sendiri oleh pemilik jenama terbesar dunia selepas peningkatan kos bahan mentah dan pengangkutan.

Rakaman iklan Eco-Shop

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

- Advertisement -

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL