spot_img

Kes Pertama Taun Dilaporkan Di Selangor, Orang Ramai Digesa Jaga Kebersihan Diri

- Advertisement -

ORANG ramai dinasihatkan ambil langkah berjaga-jaga apabila terdapat satu kes penyakit kolera (taun) dilaporkan di negeri Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) ingin memaklumkan pada 21 Oktober 2021, satu (1) kes kolera telah dilaporkan melibatkan seorang wanita warganegara 56 tahun di daerah Petaling.

“Hasil siasatan mendapati pesakit telah mengalami gejala cirit birit teruk dan telah mendapatkan rawatan pada hari yang sama di sebuah fasiliti kesihatan swasta.”

- Advertisement -

“Pesakit itu juga telah dirawat sebagai pesakit luar dan diambil sampel najis untuk dijalankan ujian. Keputusan ujian daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan kehadiran bakteria Vibrio Cholerae, serogroup O1, serotype Ogawa,” katanya.

Susulan daripada itu, semua kontak rapat telah disaring termasuk pengendali makanan yang terlibat. Pengambilan sampel persekitaran juga telah dijalankan. Sehingga kini tiada tambahan kes positif kolera dikesan. Pesakit juga telah sihat sepenuhnya setelah mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Penyakit kolera berupaya merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera

- Advertisement -

“Siasatan lanjut telah dijalankan secara menyeluruh namun kita tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan dan tiada kes-kes baru yang diterima sehingga kini,” ujarnya.

Oleh itu, seiring dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang ramai terutamanya masyarakat setempat diseru melakukan perkara-perkara seperti berikut:

1- Sentiasa minum air yang telah dirawat atau air yang telah didihkan

- Advertisement -

2- Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mencuci tangan

3- Mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mempunyai gejala kolera

4- Tidak makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna

Dalam pada itu, JKNS juga turut memaklumkan akan sentiasa memantau situasi semasa di negeri Selangor bagi membendung sebaran kemungkinan perebakan penyakit kolera.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh rasmi daripada JKNS mengenai isu yang tular:

Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (Facebook)
Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (Facebook)

Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak kolera ini, ingat sentiasa amalkan penjagaan kebersihan diri masing-masing.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL