spot_img

Sikap Pemandu Waja Berhenti Tiba Tiba Kerana “Mengidam” Jeruk Mangga Telah Akibatkan Kemalangan

- Advertisement -

WALAUPUN pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran terhadap penjaja jalanan yang membolehkan mereka didenda tidak melebihi RM2,000.00 jika disabitkan kesalahan, namun ada segelintir mereka yang masih meneruskan aktiviti perniagaan di kawasan persimpangan lampu isyarat seperti biasa.

Baru-baru ini tular satu video dashcam di mana seorang pemandu Proton Waja memberhentikan keretanya secara mengejut di tengah-tengah jalan raya kerana mahu membeli ‘buah jeruk’ yang dijual oleh penjaja jalanan di kawasan berhampiran. Video diakhir artikel ini.

Perbuatan kereta Waja yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan dua buah kereta dibelakangnya telah mengalami kemalangan ketika ‘menunggu’ pemandu Waja tersebut menyelesaikan urusan jual-beli bersama penjaja jalanan terbabit.

- Advertisement -

Lebih membuatkan orang ramai lagi tidak berpuas hati apabila pemandu Waja tersebut meninggalkan tempat kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun ‘sudah terang lagi bersuluh’ dia merupakan punca kepada kemalangan yang berlaku itu.

Orang ramai meminta mangsa-mangsa keadaan menyerahkan rakaman dashcam tersebut kepada pihak berkuasa sebagai bukti mereka tidak bersalah dan mencari pemandu Waja yang menjadi ‘punca utama’ dalam hal kejadian terbabit.

- Advertisement -

Netizen juga mahu penjaja jalanan dikenakan hukuman tegas kerana ini sudah banyak kali aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat telah menyebabkan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku melibatkan pelbagai pihak pengguna jalan raya.

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL