spot_img

Lelaki Ini Dedahkan “Scam” Dilakukan Segelintir Rider Foodpanda

- Advertisement -

KITA sering dengar rider foodpanda kena ‘prank’ atau scam pesanan, bukan? Bagaimana pula jika ibu pejabat dan vendor yang kena ‘scam’ dengan rider foodpanda, pernahkah anda mendengar isu ini?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @khuzaimie_lemat1.0 telah berkongsi video pendedahan ‘scam’ pesanan yang dilakukan oleh segelintir rider foodpanda sehingga menyebabkan vendor menanggung kerugian. Video diakhir artikel ini.

Menurutnya, scam duit tepi oleh rider foodpanda ini berlaku sekiranya pelanggan mahu membuat bayaran secara tunai (cash on delivery). Apabila menerima bayaran, rider berkenaan akan ‘menasihati’ pelanggan untuk tidak mengangkat panggilan daripada foodpanda sekiranya menerima panggilan.

- Advertisement -

Ini kerana, rider foodpanda tersebut telah memberitahu ibu pejabat bahawa pelanggan tidak dapat dihubungi lalu pihak ibu pejabat akan menghubungi pelanggan untuk mendapatkan kepastian dan jika pelanggan tidak mengangkat telefon maka pesanan itu dikira dibatalkan.

Apabila pesanan dibatalkan, wang dibayar pelanggan disimpan oleh rider itu dan pihak vendorlah yang mengalami kerugian kerana pihak foodpanda hanya memberi pelindungan sebanyak 40% sahaja daripada pesanan yang dibatalkan. Tambahnya, isu ini telah banyak kali berlaku dan ada juga pihak vendor sudah tahu akan taktik ‘kotor’ yang dilakukan oleh segelintir rider foodpanda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut dengan pendedahan tersebut dan mengatakan tidak wajar tindakan dilakukan oleh segelintir rider foodpanda yang mahu mencari duit lebih tetapi menyusahkan orang lain.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi seseorang yang dekat diri mereka melakukan hal tersebut dan telah menasihati mereka agar tidak melakukan lagi perkara itu. Berdasarkan komen, benda ini sudah lama berlaku. Akan tetapi, masih ramai rider yang jujur untuk cari rezeki halal dan hanya segelintir yang mahu kaut untung dengan zalimi vendor.

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

Rakaman yang tular

@khuzaimie_lemat1.0 Harap pihak Foodpanda ambil berat tentang kes ini,ramai yang tahu tapi ramai tutup mata perkara ini #fyp #foryoupage #fypシ #foodpanda ♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL