spot_img

Pelajar Teruja Jumpa Myvi Di Luar Negara, Kekal “King” Berada Di Bumi Asing

- Advertisement -

TATKALA orang ramai tidak sabar menunggu pelancaran kereta Perodua Myvi baharu dalam tempoh kurang 48 jam lagi, ada pelajar Malaysia yang kini sedang berada di luar negara berkongsi kegembiraannya apabila dapat berjumpa dengan model kereta tersebut di Edinburgh, Scotland.

Baru-baru ini salah seorang pengguna Facebook, Puan Mahziah Ramly telah berkongsi beberapa keping gambar di Facebook Group Myvi Club [Official] menyatakan anaknya berasa teruja dapat melihat kereta tersebut berada di negera orang.

Pada masa yang sama anaknya (baju berwarna merah) juga berasa gembira kerana dapat melepaskan perasaan rindu terhadap kereta Myvi sendiri yang berada di Malaysia.

- Advertisement -

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP MYVI CLUB [OFFICIAL]
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP MYVI CLUB [OFFICIAL]
Hantaran ringkas itu telah mendapat perhatian pengguna Facebook lain sehingga ia mula tular menjadi bualan para netizen. Rata-rata ramai yang teruja serta berbangga model Myvi generasi pertama yang dikeluarkan pada tahun 2005 masih dalam berkeadaan baik di negara orang lain.

Salah seorang pengguna Facebook turut berkongsi di mana dia juga pernah berjumpa dengan satu lagi kereta buatan Malaysia, Proton Satria GTI semasa dia berada di Australia.

Siapa sangka keluaran pertama model kereta Myvi ini masih lagi digunakan pada hari ini oleh orang luar negara. Sekaligus membuktikan kereta bersaiz kompak keluaran tempatan mempunyai permintaan dari negara-negara luar.

- Advertisement -

Untuk makluman semua, pihak Perodua telah menerima sebanyak 52,000 tempahan untuk model Myvi generasi pertama pada bulan Ogos 2005 lalu. Menjelang separuh tahun kedua 2006 pula, jumlah tempahan telah mencapai purata 7,000 unit sebulan.

Reaksi warga maya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP MYVI CLUB [OFFICIAL]
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP MYVI CLUB [OFFICIAL]
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP MYVI CLUB [OFFICIAL]
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GROUP MYVI CLUB [OFFICIAL]
Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL