Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Lelaki Buat Menu Pelik Jadikan Straw Coffee Bean Sebagai Pasta
spot_img

Lelaki Buat Menu Pelik Jadikan Straw Coffee Bean Sebagai Pasta

- Advertisement -

UMUM mengetahui bahawa straw Coffee Bean boleh dimakan tetapi tidak digalakkan. Malah, pekerja Coffee Bean juga pernah viral pernah berkongsi rasa straw tersebut yang diperbuat daripada beras.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kumpenghan telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya mengambil straw Coffee Bean dengan banyak dan juga membeli aiskrim McDonalds. Apa yang mengejutkan adalah, straw tersebut dijadikan pasta dan aiskrim menjadi bahan untuk kuah carbonara. Video diakhir artikel ini.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana lelaki itu menjadikan straw Coffee Bean itu sebagai pasta. Malah, memasukkan aiskrim McDonalds ke dalam kuahnya juga cukup pelik dan hasilnya tidak menyelerakan.

- Advertisement -

Para netizen juga bertanya kepada lelaki tersebut apakah rasa pasta yang dibuatnya kerana dapat dilihat kuah carbonaranya cair bukannya pekat seperti kebiasaan. Tidak hanya itu, ada juga netizen mengatakan pasti selepas ini Coffee Bean akan kenakan caj untuk straw kerana lelaki itu ambil dengan banyak bagi mengelakkan kejadian berulang.

Video itu juga mendapat perhatian Khairulaming dan beliau mengatakan terus berasa murung dan stress selepas melihat resipi menjadikan straw Coffee Bean sebagai pasta. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 900 ribu tontonan dan mendapat 73 ribu tanda suka.

Reaksi warga maya

- Advertisement -

- Advertisement -

Rakaman yang tular

@kumpenghan They say the straw is turtle friendly. What could go wrong? #coffeebean #straw #Mcd #carbonara #recipe ♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL