spot_img

Selepas Ditutup Keadaan Terkini MAPS Ipoh Jadi Terbengkalai Dan Suram

- Advertisement -

PADA Januari tahun 2020, Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak telah memaklumkan penutupan operasi selepas hampir 3 tahun beroperasi. Penutupan taman tema tersebut dipercayai kerana mengalami kerugian yang sudah tidak dapat dibendung.

Terbaharu, pengguna Twitter @viralperak telah berkongsi beberapa keping gambar keadaan terkini MAPS selepas penutupannya tahun lalu. Dapat dilihat keadaan MAPS tidak terurus dan suram.

- Advertisement -

Taman tema yang dulunya cantik dan gah, kini ‘kosong’ dan terbiar ditinggal begitu sahaja. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih melihat keadaan taman tema tersebut.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap MAPS diambil alih oleh mana-mana syarikat dan dimajukan kembali kerana sayang dibiarkan begitu sahaja. Malah, lokasinya yang strategik pasti dapat menarik pelancong kelak.

Malah, ada juga netizen yang baru ketahui MAPS telah ditutup dan segelintir netizen yang pernah berkunjung ke MAPS turut kongsikan kenangan mereka di sana. Diharap, taman tema ini dapat dibuka kembali walaupun dibawah pengurusan lain.

- Advertisement -

Antara beberapa reaksi warga maya:

“Dulu nak di jual pada sunway tapi ada pihak yang taknak , akui lah kita tiada tiada kepakaran dalam bidang ni , biar jelah jual atleast dapat jana income juga bulan-ii dan untuk makluman even projek ni terbengkalai , hutang pada bank masih perlu dijelaskan”

“Dulu pernah pergi sekali, rugi sangat tak tangkap gambar banyak banyak. Tempat cantik tapi tak sempat nak main permainan dia. Hm”

- Advertisement -

“terbengkalai dah?, ingatkan bukak lagi”

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL