spot_img

Budak Mahu Beli Beras Tapi Duit Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik Duit

- Advertisement -

PADA tahun 2020 ini, hampir kesemua manusia di muka Bumi ini yang berdepan dengan masalah pandemik dan ramai yang menghadapai masalah kewangan akibat kehilangan sumber pendapatan mereka selama ini.

Bersyukurlah sekiranya sumber pendapatan anda masih maintain dan tidak terjejas, tetapi jangan lupa bahawa semakin hari semakin ramai orang kehilangan kerja, hilang sumber pendapatan dan ditimpa masalah kewangan yang semakin parah.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan satu kisah yang membuatkan ramai sedih dan sebak tentang seorang budak.

Gambar sekadar hiasan.
- Advertisement -

Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilo.

Tapi itulah time nak bayar, budak tu tak cukup duit pulak. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit. Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling.

Saya terus kata kat cashier, takpe saya bayarkan beras budak tu.

Gambar sekadar hiasan.
- Advertisement -

Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah.

Budak tu ucap ‘terima kasih bang..’, lepas tu dia hilang.

Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni.

- Advertisement -

Sejak 2-3 bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya. Sesungguhnya, ‘susah is real’ itu realiti.

Perkongsian Muhammad Yusof yang juga seorang guru itu betul-betul membuka mata netizen mengenai realiti masa sekarang. Semoga kita semua boleh saling bantu-membantu dan jangan biarkan jika mengetahui ada orang dalam kesusahan sampai hendak makan pun tiada duit.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL